Kenapa Kelapa Muda?

Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.

Tepuk dada, iman pengantaranya.

HARGAILAH ORANG MUDA!



Sunday, November 02, 2008

STRATEGI PENGGUNAAN IBS DI SEKTOR BINAAN

KELAPAMUDA
2 November 2008

Suka untuk saya mengemukakan sedikit ulasan dan pandangan tentang faktor penolak kepada penggunaan IBS di sektor pembinaan seperti yang siarkan di Buletin 1.30, TV3 tengahari tadi 2 November 2007.

Bentuk projek yang berbagai-bagai dari segi saiz, bermula dari kerja-kerja pengubahsuaian kepada perlaksanaan projek-projek yang bersifat modular rekabentuknya, dan seterusnya kepada projek-projek mega, penggunaan IBS dilihat hanya bersesuaian kepada projek-projek kerajaan yang mempunyai rekabentuk yang piawai, seterusnya mengurangkan penggunaan tenaga kerja manusia.

Namun begitu, setakat ini ianya dilihat tidak mampu diaplikasikan kepada kesemua perlaksanaan projek terutamanya kepada projek-projek pengubahsuaian yang mana nilai projek keseluruhannya tidak dapat tidak, turut mempunyai impak yang cukup signifikan dari segi kos.

Kontraktor-kontraktor binaan terutamanya kontraktor-kontraktor bersaiz kecil merasakan konsep IBS masih terlalu asing kepada mereka kerana kurangnya pendedahan dan pengetahuan. Tambahan pula, buat masa ini projek-projek di peringkat daerah rata-rata projek yang dilaksanakan, konsep IBS ini masih belum menjadi pendekatan yang mesra dari segi rekabentuk.

Akibatnya, pendekatan pembinaan konvensional bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan kerja-kerja bersaiz kecil akan terus menjadi pendekatan yang popular kepada kontraktor-kontraktor dan seterusnya, memerlukan pekerja yang tidak sedikit bilangannya, yang akhirnya, sasaran untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing menerusi penggunaan IBS tidak akan menjadi kenyataan.

Kecuali ada faktor-faktor penarik yang berupa insentif yang berterusan kepada mana-mana kontraktor yang serius untuk menjadikan konsep IBS sebagai amalan dalam melaksanakan kerja-kerja mereka, usaha menggunakan konsep IBS ini diragui akan mencapai sasaran seperti yang telah digariskan dalam ’Road Map IBS’.

Justeru itu dicadangkan perkara-perkara berikut yang difikirkan mampu menjadi faktor penarik kepada penggunaan IBS di sektor binaan ini;

  • Mewujudkan lebih banyak ‛Kontraktor Pemasang’ bagi menjayakan konsep IBS ini di pelbagai peringkat kelas dan gred kontraktor di setiap negeri dan daerah. Kontraktor Pemasang ini hendaklah dipastikan hanya menggunakan pekerja tempatan yang telah dilatih di institusi latihan tajaan kerajaan.
  • Bagi menggalakkan lagi penggunaan IBS ini, kerajaan harus menyediakan insentif yang sewajarnya kepada mana-mana kontraktor yang diambil untuk menjadi ‛Kontraktor Pemasang’. Setiap ‛Kontraktor Pemasang’ yang diiktiraf hendaklah dikatagorikan sebagai 'Kontraktor Istimewa’ yang melayakkan mereka memperolehi insentif dengan diberi keutamaan untuk mendapat projek kerajaan secara berterusan yang dilaksanakan di setiap daerah.
  • ’Kontraktor Istimewa’ ini turut dibenarkan untuk melaksanakan projek melebihi nilai yang dibenarkan mengikut kelas atau gred kontraktor yang dimiliki.
    Semua rekabentuk untuk setiap projek kerajaan hendaklah dipastikan mematuhi sasaran yang ditetapkan kerajaan iaitu sekurang-kurangnya mempunyai 70% komponennya berkonsepkan IBS.
  • Berusaha untuk menerapkan konsep IBS ini dalam kurikulum disetiap institusi latihan kemahiran tajaan kerajaan yang wujud di negara ini. Kita perlu memastikan konsep IBS sekiranya diaplikasikan, hendaklah terdiri dari tenaga kerja tempatan yang telah dilatih.
  • Promosi yang berterusan disetiap daerah dalam bentuk taklimat atau seminar ke arah pembudayaan konsep IBS di sektor binaan kepada kontraktor binaan hendaklah dilakukan dengan lebih agresif.

No comments:

Artikel - Artikel..