Kenapa Kelapa Muda?

Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.

Tepuk dada, iman pengantaranya.

HARGAILAH ORANG MUDA!



Saturday, May 24, 2008

Pelajar lepasan STPM tiada pendedahan. BERITA HARIAN 24 MEI 2008

SAYA tertarik dengan kenyataan Kementerian Pelajaran mengenai sejumlah 21,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 ditawar untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam yang disiarkan akhbar baru-baru ini.

Pada pendapat saya, dasar pelajaran yang memberi peluang kepada lepasan SPM melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam perlu diubah kerana tidak lagi sesuai ketika ini. Kebanyakan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam adalah pelajar yang tidak ditawar melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pendidikan lepasan menengah seperti institut pengajian tinggi awam atau swasta (IPTA/IPTS) atau politeknik.

Pelajar ini perlu menghabiskan masa selama dua tahun untuk belajar di sekolah yang sama. Apa yang diperhatikan sekarang, lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Tiada satu pun jawatan yang mensyaratkan STPM sebagai asas pengambilan. Kalau adapun, hanya tulisan sebagai syarat dan kebiasaannya lepasan diploma juga yang diberikan keutamaan. Kebanyakan pelajar lepasan STPM terperangkap dan kurang mendapat pendedahan mengenai pengajian lepasan menengah.

Kaunselor di sekolah juga kurang berfungsi untuk memberikan tunjuk ajar mengenai peluang sama rata untuk semua lepasan SPM. Kebanyakan kaunselor hanya menumpukan kepada pelajar cemerlang pada peringkat sekolah. Seperti diketahui umum, pendidikan di negara ini lebih berorientasikan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa haluan sebenar yang lebih besar seperti ke arah membentuk belia berpengetahuan untuk kemajuan dan pembangunan negara. Pada pendapat saya, STPM perlu dihapuskan terus daripada sistem pendidikan negara.

Kebanyakan pelajar yang tidak cemerlang peringkat STPM tidak mendapat tempat di mana-mana IPTA melainkan IPTS yang lebih diketahui umum untuk perniagaan pendidikan dengan kos pembelajaran yang tinggi. Kos belajar pada peringkat STPM adalah tinggi, namun tiada hasil untuk kemajuan diri atau keluarga.

Yuran pengajian dan kos pembelajaran lain peringkat STPM juga lebih tinggi berbanding yuran dikenakan politeknik atau kolej komuniti yang sijilnya diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ini akan melayakkan pelajar menikmati gaji lebih tinggi untuk perkhidmatan awam sedangkan lepasan STPM yang tidak cemerlang, tidak ke mana. Saya melihat ini sebagai penganiayaan terhadap pelajar yang menyambung ke Tingkatan Enam, lebih-lebih lagi bagi mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan dan tinggal di pedalaman.

Untuk membina masa depan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang, saya mencadangkan lepasan SPM diberikan pendidikan wajib di institusi lepasan menengah kerajaan seperti politeknik, kolej komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) atau Institut Kemahiran Mara (IKM). Institusi berkenaan lebih memahami kehendak belia lepasan SPM dan hala tuju untuk masa depan negara berbanding keadaan di sekolah yang hanya menumpukan terhadap aspek kecemerlangan pendidikan.

Suasana pembelajaran mereka perlu diubah selaras dengan umur dan peranan yang perlu mereka mainkan untuk negara. Pemerhatian saya juga mendapati kewujudan kelas Tingkatan Enam di sekolah juga disalah guna oleh kesatuan guru. Tenaga pengajar Tingkatan Enam diberikan kemudahan gaji Gred DG44, manakala pengetua yang memiliki kelas Tingkatan Enam di sekolahnya pula dinaikkan ke gred DG52. Kalau dulu kebanyakan guru tidak mahu mengajar kelas Tingkatan Enam, kini semua guru berebut-rebut mencalonkan diri untuk mengajar kelas itu.

Saya berharap Kementerian Pelajaran akan lebih peka dengan keadaan semasa negara dan menjalankan kajian mendalam sebarang tuntutan kesatuan guru kerana dibimbangi pelajar akan menjadi mangsa keadaan. Sebagai contoh, Tingkatan Enam dipertahankan, pelajar lepasan STPM tidak ke mana tetapi guru pula mendapat gaji lumayan. Terlalu banyak peruntukan berkaitan gaji diberikan kepada guru sedangkan pihak lain yang mendidik peringkat lebih tinggi, tiada permintaan langsung .

Daripada meluluskan dasar guru mengajar Tingkatan Enam diberikan gred DG44, lebih baik peranan mendidik pelajar lepasan SPM diberikan kepada politeknik, kolej komuniti, IKM atau ILP dengan gaji pensyarahnya hanya sekadar gred DG41. Kos kerajaan dalam membayar gaji akan dapat dijimatkan dan pada masa sama, belia dan remaja dapat dibentuk ke arah keperluan menjana modal insan negara pada masa depan.

GENERASI BERWAWASAN, Kota Tinggi, Johor.

Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rencana
24 Mei 2008
PENDIDIKAN VOKASIONAL STRATEGI ELAK KECICIRAN

Thursday, May 22, 2008

Monday, May 19, 2008

Utusan Malaysia Online - rencana

Utusan Malaysia Online - rencana

KONTRAKTOR KELAS F MESTI PENUHI KRITERIA SEBELUM DAPAT PROJEK

Zakaria Mohd Yusof
BERITA HARIAN, 21 Mei 2008.

Langkah kerajaan memperuntukkan sebanyak 10 peratus dari semua projek melebihi RM10 juta yang dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya untuk diagihkan kepada kontraktor Kelas F seperti yang di laporkan di media sangatlah dialu-alukan oleh semua pihak, apa lagi di kalangan kontraktor Kelas F.

Usaha ini akan memberi lebih peluang kepada para kontraktor kecil di seluruh negara untuk menimba pengalaman yang amat berguna disamping menunjukkan kebolehan dalam perlaksanaan projek mega Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Tambahan pula kontraktor Kelas F merupakan bilangan yang terbesar iaitu dalam 35,000 kontraktor dari lebih 50 ribu bilangan kontraktor yang ada walaupun yang aktif hanya di sekitar 17,000 sahaja.

Mudah-mudahan dengan pengalaman yang diperolehi akan meningkatkan lagi tahap kualiti kontraktor Kelas F sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai kontraktor yang mahir melakukan kerja dalam pelbagai bidang mengikut pengkhususan masing-masing.

Kontraktor seharusnya mengambil peluang keemasan ini untuk menunjukkan kebolehan dan kemahiran bagi memastikan mereka berada dalam senarai pilihan untuk mendapat agihan tersebut.

Namun begitu, pihak kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya perlu berusaha sebaik mungkin mewujudkan sistem pemantauan dalam menentukan kontraktor-kontraktor Kelas F yang benar-benar layak. Ini bagi memastikan usaha ini benar-benar berkesan dan memastikan hanya kontraktor Kelas F yang benar-benar aktif serta mempunyai reputasi yang memuaskan sahaja yang bakal menikmati agihan ini.

Kontraktor utama tidak seharusnya diberi peluang untuk menentukan sendiri kontraktor Kelas F yang berkelayakan bagi mengelakkan ketidak telusan berlaku. Kita tidak mahu kontraktor utama sekadar menyerahkan senarai nama kontraktor-kontraktor Kelas F sebagai pelengkap bagi memenuhi hasrat kerajaan sebaliknya segala kerja-kerja tidak dilaksanakan oleh kontraktor Kelas F tersebut.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Pusat Khidmat Kontraktror mungkin merupakan dua agensi kerajaan yang utama yang berkemampuan bagi memastikan reputasi kumpulan kontraktor Kelas F tersebut. Ini adalah kerana kedua-dua agensi ini mempunyai rekod yang agak terperinci tentang latar belakang dan sejauh manakah aktifnya kontraktor Kelas F tersebut.

Selain dari memastikan kontraktor-kontraktor Kelas F yang benar-benar layak untuk menerima agihan projek seperti yang dinyatakan, perkara-perkara berikut turut dicadang untuk dipertimbangkan;

Kontraktor Kelas F tersebut hendaklah di kalangan yang mempunyai kemahiran dalam salah satu tred dan telah dipastikan oleh Lembaga Industri Pembinaan Malaysia.

Kontraktor Kelas F hendaklah dipastikan bukan sahaja nampak aktif dalam melaksanakan projek, tetapi melaksanakannya sendiri projek-projek yang diamanahkan dan tidak mempunyai rekod dengan mengalibabakan lesen Kelas F kepada pihak lain.

Juga dicadangkan, hanya kontraktor-kontraktor Kelas F yang mempunyai tenaga kerja tempatan sahaja yang bakal diberi pertimbangan. Adalah suatu yang baik sekiranya keutamaan diberi kepada kontraktor-kontraktor yang mengambil lulusan dari institusi latihan kemahiran awam seperti Akademi Binaan Malaysia, Institut Kemahiran Mara, Pusat Giat Mara, Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Latihan Perindustrian.

Langkah ini tentunya akan menarik minat belia-belia untuk mengikuti kemahiran dalam binaan binaan bangunan yang kebelakangan ini tidak menjadi pilihan utama belia-belia tempatan. Disamping itu, ianya dapat mengelakkan kontraktor-kontraktor dari terus bergantung kepada tenaga kerja asing dan mengabaikan potensi yang ada di kalangan belia-belia lulusan institusi kemahiran tempatan.

Kontraktor Kelas F tersebut hendaklah mempunyai pengetahuan yang mencukupi yang diperolehi mengikut bidang kerja yang ditawarkan dari kursus-kursus anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Pusat Khidmat Kontraktor atau lain-lain yang diiktiraf.

Bagi menggalakkan kontraktor-kontraktor Kelas F supaya lebih serius dalam mengembangkan perniagaan mereka, keutamaan seharusnya diberi kepada mereka yang mempunyai aset-aset asas mengikut bidang kerja yang ditawarkan. Kontraktor Kelas F yang mempunyai aset sebenarnya yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kerja yang diamanahkan dan mempunyai semangat untuk maju ke hadapan.

Bagi memastikan kontraktor Kelas F tidak ditekan atau dianiaya untuk melaksanakan kerja dengan harga yang rendah serta mendapat jaminan dalam pembayaran, satu pertuntukkan khas yang menyamai perlantikan kontraktor pakar hendaklah diwujudkan dalam dokumen tender. Ini akan memastikan kontraktor Kelas F yang dipilih dilantik secara terus dengan jumlah harga yang telah ditentukan lebih awal oleh klien dan mendapat bayaran secara terus oleh kerajaan.

Cadangan di atas diharap dapat memastikan hasrat kerajaan bukan sekadar pengumuman semata-mata tetapi benar-benar serius dalam perlaksanaan. Usaha ini tentunya tidak akan berjaya sekiranya tiada kerjasama dari semua pihak terutamanya pihak kontraktor utama.

Kontraktor utama hendaklah telus dan bertindak sebagai pembimbing kepada kontraktor Kelas F, manakala kontraktor Kelas F hendaklah bijak dan menghargai usaha kerajaan serta menjadikan peluang ini sebagai peluang bagi meningkatkan tahap kualiti dan profesionalisma mereka dalam perlaksanaan projek yang telah diamanahkan. Adalah diharapkan daripada usaha ini, negara mampu melahirkan pekerja mahir tempatan lulusan institusi latihan kemahiran tempatan yang sememangnya saban tahun melahirkan belasan ribu tenaga kerja mahir tempatan khusus dalam bidang binaan bangunan.

Bajet 2008

Bajet 2008

ISKANDAR DEVELOPMENT REGION, Southern Peninsular Malaysia

ISKANDAR DEVELOPMENT REGION, Southern Peninsular Malaysia

Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rencana

STRATEGI MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN PEKERJA ASING

Zakaria Mohd Yusof
UTUSAN MALAYSIA, 15 Januari 2008.

Isu pekerja asing nampaknya menjadi isu yang tidak berkesudahan. Ianya datang dan pergi. Berbagai bentuk pendekatan dicadang dan diketengahkan namun, ianya tidak menampakkan satu perancangan yang menyeluruh dalam jangka panjang. Melahirkan pekerja tempatan bagi mengimbangi lambakan pekerja asing ini bukanlah suatu perkara yang mudah yang boleh dicapai dalam tempoh beberapa bulan, atau beberapa tahun.

Ada dua isu yang berbeza yang perlu dilihat berkaitan kebanjiran tenaga kerja asing ini.

Pertama, kehadiran pekerja asing ini dilihat menggugat gugat peluang rakyat tempatan. Ini telah dibuktikan dengan dapatan kajian yang telah dibuat oleh MIER seperti yang dilaporkan di media arus perdana beberapa hari yang lepas. Ekoran daripada ini, timbul cadangan-cadangan yang menggesa kerajaan melakukan sesuatu bagi memastikan rakyat diberi keutamaan.

Kedua, sekiranya kerajaan telah melakukan tindakan yang drastik dengan menghentikan terus pengambilan pekerja asing ini dengan harapan rakyat tempatan akan diberi keutamaan, apakah rakyat tempatan sememangnya bersedia untuk memikul kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh pekerja asing ini.

Terbukti suatu ketika dulu di mana langkah kerajaan menghantar pulang pekerja asing ke negara asal masing-masing telah memberi impak yang besar kepada sektor binaan khususnya. Bukan sedikit tapak-tapak pembinaan yang ditutup terus, kerana rupa-rupanya di sektor binaan ini, bukannya 20% yang di monopoli oleh pekerja asing tetapi hampir 100%. Banyak projek-projek tergendala dan akibatnya memberi kesan yang cukup besar kepada perlaksanaan projek.

Akhirnya kerajaan terpaksa mengambil langkah yang lebih liberal dengan memberi peluang semula mengizinkan majikan untuk terus mengambil pekerja asing. Peluang ini nampaknya digunakan sepenuhnya oleh para majikan dengan alasan sektor binaan ini tidak mampu diteruskan tanpa kehadiran pekerja asing.

Persoalannya di manakah kesudahannya kebergantungan kepada pekerja asing ini? Jelas, strategi jangka panjang adalah adalah menjadi satu keperluan yang kritikal dan ianya perlu dirangka untuk tempoh tertentu bagi memastikan kebergantungan kepada pekerja asing ini akan bertemu noktahnya .

Usaha Kerajaan
Kerajaan melalui kementerian-kementerian tertentu sebenarnya telah mengambil berbagai langkah yang perlu bagi memastikan negara mempunyai tenaga kerja yang mencukupi bagi memenuhi keperluan negara. Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) tajaan kerajaan yang melatih belia-belia khusus dalam meningkatkan kemahiran untuk industri binaan terdapat di mana-mana sahaja. Sejumlah 164 ILKA menyediakan latihan kemahiran khusus di bidang pembinaan iaitu, Akademi Binaan Malaysia – 6, Institut Latihan Perindustrian – 10, Institut Latihan Kemahiran Belia Negara – 9, Institut kemahiran Mara – 9, dan Pusat Giat Mara – 130. Bilangan tersebut tidak termasuk institusi kemahiran lain seperti politeknik, kolej komuniti serta sekolah-sekolah teknik dan vokasional. Kalau berdasarkan kepada bilangan tersebut, negara seharusnya mampu menyediakan sejumlah tenaga kerja mahir yang mampu menampung kekurangan tenaga kerja negara.

Bilangan tenaga kerja mahir yang telah berjaya dilatih oleh institusi-institusi latihan kemahiran tajaan kerajaan khusus dalam bidang binaan. Bilangan tenaga mahir yang mampu yang telah dilatih tersebut iaitu 14,000 hingga 16,000 orang setahun, walaupun pastinya tidak dapat mengatasi kekurangan tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh negara, sekurang-kurangnya ianya dapat menampung mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Sementara itu beberapa pusat latihan kemahiran akan terus dibina lagi dalam Rancangan Malaysia ke 9.

Kementerian Sumber Manusia sejak dahulu lagi sering menyarankan sudah sampai waktunya industri binaan perlu merangka strategi untuk melahirkan pekerja-pekerja mahir di kalangan pekerja tempatan. Ini adalah untuk membolehkan pekerja tempatan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam satu-satu bidang atau berbagai bidang supaya setiap pekerja mempunyai nilai tambah dalam setiap peringkat pekerjaan samada di peringkat profesional dan juruteknik, peringkat penyeliaan, atau tred-tred yang khusus seperti kerja-kerja elektrik, kerja-kerja paip dan kemahiran-kemahiran yang lain (Fong, 2002).

Menurut beliau, usaha-usaha perlu dirangka bagi meningkatkan imej dan suasana kerja dalam industri binaan. Untuk itu, ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan harus difikirkan serta laluan kerjaya yang meyakinkan dengan faedah dan upah yang tinggi, meningkatkan prosidur keselamatan di tempat kerja, kenaikan pangkat yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki serta menyuntik perasaan bangga dengan penglibatan kerja dalam industri binaan.

Jelaslah, usaha-usaha sewajarnya harus difikirkan bagi mencari jalan keluar agar kebergantungan kepada tenaga kerja asing ini dapat dikurangkan mengikut tempoh tertentu, kalaupun pengurangannya tidak mencapai tahap sifar.

Perlu diingat, isu kekurangan tenaga kerja tempatan merupakan suatu yang tidak boleh dipandang mudah. Bukan sahaja peluang pekerjaan akan dimonopoli sepenuhnya oleh pekerja asing ini, bahkan dengan jumlah 2.6 juta pekerja asing yang wujud sekarang, dan dengan mengandaikan setiap daripada mereka menghantar RM200 setiap bulan ke negara asal mereka, setiap bulan sahaja negara telah kerugian sejumlah RM520 juta, dan dalam tempoh satu tahun sahaja negara terus kerugian RM6.24 bilion akibat dari pengeluaran wang keluar negara.

Dapatkah kita bayangkan apakah bentuk pembangunan yang boleh kita menfaatkan dengan wang sejumlah itu?

TUNTUTAN PEMBAHARUAN SEKTOR BINAAN - Suasana kerja selesa mampu tarik tenaga mahir tempatan, kikis imej kategori 3D

Zakaria Mohd Yusof
BERITA HARIAN, 25 Oktober 2007.

ALASAN yang sering diberikan majikan mengapa mereka terpaksa bergantung kepada pekerja asing ialah sikap pekerja tempatan itu sendiri tidak berminat bekerja di sektor pekerjaan dalam kategori 3D iaitu 'Dirty, Dangerous dan Difficult'. Sektor yang jelas tergolong dalam kategori ini ialah sektor binaan. Perkara ini tidak dapat dinafikan. Sindrom inilah yang dikatakan menjadi faktor utama kenapa belia tempatan tidak berminat memilih sektor binaan sebagai kerjaya mereka. Justeru, usaha serius perlu difikirkan bagi meningkatkan imej sektor binaan ini agar suasana kerjanya lebih selesa dan mempunyai peluang memajukan diri dari semasa ke semasa. Prospek kerjaya yang jelas dan meyakinkan serta peluang yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki perlulah dirangka dengan pendekatan yang strategik berserta komitmen dari pelbagai peringkat masyarakat.
Ketika ini tiada dasar jelas mengenai masa depan belia yang menamatkan latihan di institusi latihan kemahiran awam. Majikan bebas mengambil sesiapa saja sebagai pekerja. Tentu sekali tanpa dasar jelas, pekerja asing yang menjadi pilihan utama kontraktor dan ini memberi gambaran seolah-olah sijil kemahiran yang dimiliki tidak mampu memberi jaminan kepada masa depan mereka. Justeru, usaha menggalakkan kontraktor supaya mengutamakan pekerja tempatan nampaknya gagal untuk mengubah ketagihan mereka daripada menggunakan khidmat pekerja asing. Ia harus diperkukuhkan dengan satu ketetapan yang jelas dan tegas. Seterusnya, prosedur keselamatan di tempat kerja juga harus ditingkatkan. Sering kali sektor binaan dikaitkan dengan suasana kerja yang bahaya. Apa lagi, berdasarkan laporan, pada 2004 saja, binaan adalah sektor ketiga dari segi peratus kematian dan kemalangan di tempat kerja berbanding sektor lain.
Justeru, usaha mewujudkan suasana kerja yang bukan saja selesa, bahkan selamat adalah satu kemestian untuk difikirkan sekiranya imej yang negatif ini ingin dikikis di minda belia. Penguatkuasaan yang tegas dari segi prosedur keselamatan di tapak bina mampu mengubah persepsi negatif ini. Ganjaran setimpal dengan bentuk kerja yang dilakukan bersesuaian dengan taraf mereka sebagai warga negara Malaysia, tentunya mampu mengubah persepsi negatif yang sering bermain di minda mereka dan menjanjikan kerja yang seronok walaupun kadangkala mereka terpaksa melakukan kerja sukar. Tentu sekali tidak wajar untuk disamakan komitmen belia tempatan dengan pekerja asing. Kedatangan pekerja asing ke negara kita semata-mata kerana tuntutan hidup mereka. Kerana itulah mereka sentiasa sanggup melakukan apa saja, walaupun dibayar dengan kadar yang rendah. Berlainan pula dengan belia tempatan, yang mana, mereka harus membina masa depan di tanah air mereka sendiri. Realiti keperluan hidup yang semakin hari semakin kritikal, seperti kediaman, kenderaan serta keinginan untuk hidup berkeluarga memerlukan persediaan yang rapi.
Justeru, ganjaran yang setimpal akan menimbulkan rasa seronok dan ini mendorong mereka untuk memilih sektor binaan ini sebagai sumber pencarian hidup. Ini dilengkapkan lagi dengan menyediakan program untuk menyuntik perasaan bangga dengan pembabitan kerja dalam sektor binaan. Kita berkeyakinan sekiranya langkah ini dimasukkan dalam perancangan jangka panjang dalam usaha mewujudkan tenaga kerja mahir tempatan secara berperingkat seperti yang dirancangkan kerajaan, sindrom 3D yang menjadi persepsi umum belia tempatan mampu diubah menjadi 3S – selesa, selamat dan seronok. Seterusnya, dengan beberapa polisi dan dasar tertentu, kecenderungan kebanyakan majikan untuk terlalu memberi keutamaan kepada pekerja asing turut berubah, walaupun ia berlaku peringkat demi peringkat. Dengan itu, negara bukan saja dapat mengelakkan kehilangan pendapatan berbilion ringgit setahun, tetapi juga mengelakkan berlaku pembaziran sumber tenaga berikutan belia terlatih tempatan tidak dimanfaatkan. Justeru, bagi memastikan belia terlatih lulusan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) berada di pasaran pekerjaan, cadangan berikut diharap mampu mengimbangi kebergantungan kepada pekerja asing secara berterusan, iaitu:
 Mewujudkan dasar supaya semua majikan dimestikan mengambil pekerja binaan yang memiliki sijil kemahiran dari mana-mana ILKA yang disediakan kerajaan.
 Kerajaan hendaklah menubuhkan pusat tenaga kerja mahir tempatan. Semua lulusan ILKA hendaklah didaftarkan sebaik saja menamatkan latihan. Ia berfungsi sebagai bank pekerja mahir tempatan. Majikan yang memerlukan pekerja mesti mendapatkan tenaga kerja di pusat ini sebelum diberi keizinan mengambil pekerja dari sumber lain. Fungsinya sama dengan Pusat Pertukaran Pekerja Asing (CLAB) di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Bezanya, CLAB adalah pusat pertukaran pekerja asing, manakala pusat ini khususnya untuk pertukaran pekerja mahir tempatan lulusan ILKA.
 Membuat penyelarasan ke atas semua ILKA yang menyediakan latihan berkaitan sektor binaan supaya fungsinya lebih bersepadu. Jawatankuasa penyelarasan peringkat kebangsaan dibentuk bagi memantau bilangan pekerja mahir yang mampu dilahirkan. Sasaran bilangan pekerja mahir yang perlu di sediakan oleh setiap ILKA haruslah bersesuaian dengan bilangan yang diperlukan negara. Untuk itu kajian berapakah keperluan sebenar tenaga kerja untuk sektor binaan, sekiranya belum ada, wajar dilaksanakan.
 Hubungan di antara ILKA dan industri juga harus diperkemaskan bagi memastikan lulusan yang dikeluarkan itu memenuhi kriteria yang diperlukan oleh pihak industri. Pengurusan ILKA harus dari semasa ke semasa menjemput kontraktor untuk membuat penilaian ke atas program yang dilaksanakan.
 Kerajaan, melalui CIDB dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) perlu meletakkan syarat tambahan kepada mana-mana kontraktor yang memperoleh tender kerajaan supaya menyenaraikan pekerja tempatan yang dilatih di ILKA sebelum urusan memberi atau membaharui lesen dibuat. Ini bagi memastikan pelatih merasakan sijil latihan yang diperoleh mempunyai nilai di pasaran pekerjaan.
 Wajibkan latihan industri dalam kurikulum pengajaran. Pelatih dikehendaki melalui proses latihan industri sebelum sijil tamat latihan dikeluarkan kepada mereka. Kerajaan hendaklah mengarahkan kontraktor yang melaksanakan projek kerajaan menerima pelatih ini untuk mendapatkan pengalaman.
 Bagi menarik belia menceburkan diri dalam industri binaan, pelatih yang menamatkan latihan dengan jayanya dan didapati berkemampuan hendaklah diberi dorongan untuk memperoleh lesen binaan sendiri sebagai satu jalan melahirkan usahawan di sektor binaan.
 Sistem pendidikan dalam bidang pembinaan hendaklah dimulakan lebih awal. Pelajar didedahkan dengan prospek dan masa depan dalam industri binaan. Subjek mata pelajaran vokasional yang ditawarkan di sekolah boleh dijadikan landasan dan diperkasakan fungsinya.
 Laluan kerjaya perlu dirangka bagi membolehkan pelatih memahami dengan lebih jelas hala tuju mereka sebaik saja menamatkan latihan kemahiran.
 Kerajaan hendaklah memberi insentif tertentu kepada kontraktor yang memberi lebih keutamaan kepada tenaga kerja tempatan dalam pelaksanaan projek mereka.  Penghulu dan pemimpin masyarakat seperti Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) juga harus berperanan dalam mengumpul data bilangan belia lepasan di lokasi masing-masing. Ini perlu bagi mengelakkan lepasan sekolah ini hilang begitu saja tanpa usaha memberi nilai tambah terutama mereka yang tahap akademik kurang cemerlang. Sektor binaan negara masih mempunyai banyak peluang pekerjaan untuk diisi oleh belia tempatan bagi mengimbangi lambakan pekerja asing dan sekali gus menjimatkan pengaliran wang Malaysia ke luar negara. Perubahan sikap menjadi penentu dan ia mestilah datang dari semua pihak terbabit. Kontraktor juga harus berperanan memikirkan bagaimana mereka boleh membantu menjayakan hasrat kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing secara berperingkat. Usaha berterusan harus difikirkan agar kebergantungan kepada tenaga kerja asing ini dapat dikurangkan kalau pun tidak mencapai angka sifar. Jalan keluar bagaimana untuk menarik minat belia ke sektor binaan perlu diteliti lebih mendalam.

BELIA TEMPATAN PATUT REBUT PELUANG WPI

Zakaria Mohd Yusof
BERITA HARIAN, 8 Januari 2008.

Cadangan kerajaan Johor untuk membangunkan kawasan seluas 40 hektar berdekatan Pekan Nanas, Pontian untuk projek penempatan awal kira-kira 50,000 pekerja asing yang bakal bekerja di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), bermula tahun ini, menarik perhatian untuk dibincangkan.

Dalam usaha untuk menjamin kelancaran pembangunan di WPI, hasrat itu amat wajar. Penempatan setempat yang dibina bukan sekadar memberi keselesaan dengan pelbagai kemudahan kepada bakal penghuni tersebut, malah, membolehkan pihak berkuasa membuat pengawasan yang rapi ke atas pekerja asing.

Memikirkan kepada kesan sosial yang mungkin timbul dari kehadiran pekerjaan asing ini, langkah menyediakan penempatan khusus tersebut dikira munasabah. Langkah ini sedikit sebanyak mengurangkan keresahan penduduk disekitarnya setelah sekian banyak rungutan didengar.

Cuma, apa yang terbayang pada fikiran saya ialah alangkah baiknya jika peluang pekerjaan yang wujud tersebut dibuka kepada belia-belia tempatan. Malangnya, bilangan rakyat tempatan tidak mencukupi untuk mengisi keperluan yang ramai, apa lagi secara serentak dan dalam jangka waktu yang singkat pula.

Kalau pun ada, belum tentu rakyat tempatan ini bersedia atau mungkin juga mereka tidak mendapat gambaran keperluannya yang sebenar.

Kalau inilah permasalahannya, wajar pihak kerajaan negeri menyenaraikan bentuk kemahiran yang diperlukan untuk pembangunan di WPI. Mungkin bilangan belia tempatan tidak mampu untuk memenuhi kesemua keperluan itu, tetapi setidak-tidaknya kehadiran mereka mampu untuk menampung sebahagian bilangan diperlukan, itu pun sudah dikira memadai.

Jika tidak, sampai bilakah situasi ini akan berterusan? Adakah ia akan berterusan sehinggalah negara kita mencapai status negara maju menjelang tahun 2020? Kalau begitu keadaannya, negara kita terus-terusan akan menjadi syurga kepada rakyat asing, walhal rakyat sendiri terkapai-kapai mencari hala tuju untuk meneruskan kehidupan.

Jika diteliti, setiap tahun lebih 500,000 pelajar memasuki dunia persekolahan dan setiap tahun juga, selepas mengambil kira mereka yang berjaya memasuki universiti, matrikulasi, tingkatan enam, program diploma, institusi perguruan, politeknik, institusi latihan kemahiran, dan lain-lain institusi pendidikan swasta, dijangka 150,000 lagi meninggalkan persekolahan tanpa laluan kerjaya jelas dan hilang begitu sahaja tanpa mampu dijejaki.

Alangkah ruginya negara kita, membiarkan belia ini hilang tanpa bekas, tanpa sempat diberikan modal untuk menjadi insan cemerlang yang mampu menyumbang sesuatu kepada negara. Sedangkan insan yang diberikan latihan kemahiran pun belum tentu diterima pasaran atau perlu bersaing dengan pekerja asing, inikan pula mereka yang tidak mempunyai sebarang kemahiran.

Bagaimanapun, negara kita dikira lebih bernasib baik jika dibandingkan dengan negara lain, tetapi padahnya ialah dalam jangka panjang, di sebalik menjadi sebuah negara yang maju, kita tidak mampu membentuk tenaga kerja mahir di kalangan rakyat sendiri.

Di Johor saja, ada Politeknik di Pasir Gudang, Akademi Binaan Malaysia di Tampoi, Institut Kemahiran Belia Negara di Pagoh, Institut Latihan Perindustrian di Mersing, Institut Kemahiran Mara di Johor bahru serta Kolej Komuniti dan Pusat Giat Mara di setiap daerah atau parlimen.

Apakah hasil yang diperolehi Johor dengan kewujudan institusi latihan ini? Berapa ramaikah tenaga kerja yang mampu dihasilkan? Dan ke manakah perginya insan terlatih ini?

Justeru, adalah wajar untuk kita fikirkan secara serius, apakah kita sudah mempunyai perancangan jangka panjang yang bersepadu bagi memastikan tenaga terlatih ini disalurkan mengikut keperluan negara bila ianya diperlukan seperti memenuhi keperluan yang wujud bukan sahaja di WPI, tetapi juga di wilayah pembangunan ekonomi lain iaitu wilayah utara (NCER) dan wilayah timur (ECER).

Adakah kerana kewujudan institusi latihan di atas, dikelolakan di bawah berlainan kementerian yang menjadi punca atau menyukarkan negara untuk membuat perancangan guna tenaga yang berkesan dan secara menyeluruh? Saya tidak fikir isu berlainan kementerian ini menjadi penyebabnya.

Sekiranya, penempatan itu dilaksanakan nanti, kita berharap kemudahan yang lengkap yang akan disediakan dapat dicontohi oleh setiap negeri, malah di setiap tapak projek pembinaan. Ini tentunya boleh mewujudkan suasana persekitaran kerja yang lebih kemas, seterusnya meningkatkan imej industri binaan dan tidak lagi dibayangi dengan suasana penempatan di rumah kongsi yang sering menjadi piawaian umum ketika ini.

Malah, lebih menggembirakan lagi jika penempatan tersebut dipenuhi dengan tenaga kerja tempatan terlatih, keluaran institusi latihan tajaan kerajaan sebagai medan untuk menimba pengalaman yang amat berharga ini. Pastinya negara memperolehi keuntungan dalam jangka panjang dan seterusnya menghindarkan jutaan wang negara mengalir keluar.

PERKASA KEMAHIRAN PELAJAR LEMAH AKADEMIK

Zakaria Mohd Yusof
UTUSAN MALAYSIA, 29 Disember 2007.

Peningkatan bilangan pelajar yang memperolehi gred E dalam semua mata pelajaran seperti yang dilaporkan dalam Buletin Utama semalam adalah sesuatu yang mengejutkan. Dalam usaha kerajaan memperkenalkan berbagai bentuk perancangan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara, masih ada segelintir pelajar yang gagal untuk mencapai tahap pencapaian minimum.

Kumpulan pelajar ini, walaupun kecil peratusnya, namun ianya pasti tidak boleh dipandang ringan oleh Kementerian Pelajaran. Lebih membimbangkan lagi ialah bagaimana kumpulan pelajar ini akan meneruskan pengajian ke tingkatan empat dengan pencapaian sebegini. Sudah pasti ianya membebankan bukan sahaja kepada kumpulan pelajar-pelajar ini, bahkan juga kepada guru-guru untuk melaksanakan kurikulum pengajian yang tentunya lebih mencabar di tingkatan empat dan seterusnya di tingkatan lima.

Kita tidak pasti apakah kumpulan ini masih berminat untuk meneruskan pelajaran. Jika sekiranya mereka ini tidak berminat, tugas guru-guru untuk menanam minat dalam mendidik pelajar-pelajar kumpulan ini menjadi satu cabaran yang besar. Sekiranya tidak berjaya, masa dua tahun yang perlu dihabiskan untuk menamatkan pengajian sehingga ke tingkatan lima akan menjadi suatu beban dan tidak keterlaluan ianya satu tempoh masa yang sia-sia.

Apa yang membimbangkan kita ialah, jika sekiranya mereka yang tidak berminat dalam meneruskan pengajian ini, tetapi meneruskan juga ke tingkatan empat dalam keadaan mental yang tidak bersedia, berkemungkinan akan membawa nilai-nilai negatif ke sekolah dan mempengaruhi pelajar-pelajar lain. Akhirnya, wujud gejala-gejala negatif seperti ponteng sekolah, merokok, melanggar peraturan sekolah, tidak menghormati guru-guru dan sebagainya.

Justeru, di sebalik pencapaian akademik yang tidak cemerlang, pendekatan yang terbaik harus di rangka bagi memastikan mereka menghargai tempoh dua tahun lagi persekolahan mereka, dan seterusnya mampu merangka hala tuju kerjaya dan menjadi insan yang lebih bermakna dan seterusnya menjadi aset kepada negara. Ini tentunya akan menguntungkan negara dalam keadaan negara sendiri ketandusan tenaga kerja di pelbagai sektor bagi menampung keperluan negara.

Kajian yang dilakukan ke atas institusi-institusi latihan kemahiran awam (ILKA) seperti Akademi Binaan Malaysia, Institusi Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Kemahiran Mara dan Pusat Giat Mara khusus kepada latihan-latihan yang ditawarkan untuk sektor binaan, jelas menunjukkan bahawa terdapat kekosongan yang ketara dan maklumat tentang tawaran latihan-latihan di ILKA ini diketahui umum. Antara beberapa dapatan yang diperolehi dari tinjauan ke atas latihan-latihan berkaitan sektor binaan yang telah dilakukan ialah;

· Hanya 65% sahaja tempat di ILKA dipenuhi.
· 85% responden yang mengikuti latihan-latihan berkaitan tidak memperolehi maklumat tersebut di sekolah-sekolah. Menurut mereka, maklumat biasanya diperolehi melalui rakan-rakan atau secara kebetulan.
· Bidang latihan yang ditawarkan di ILKA tidak didedahkan dengan jelas di sekolah-sekolah.
· Guru kaunseling di sekolah hanya menumpukan maklumat kepada pelajar-pelajar yang mempunyai peluang ke IPT dan tidak mempunyai maklumat yang menyeluruh berkaitan peluang-peluang latihan di ILKA yang seharusnya lebih tertumpu kepada pelajar-pelajar yang mempunyai tahap akademik yang tidak cemerlang.
· Majoriti responden, merasakan mengikuti latihan di ILKA tidak mempunyai prospek kerjaya yang jelas ke manakah mereka akan pergi selepas selesai menamatkan latihan.
· Guru-guru yang mengendalikan mata pelajaran vokasional (MPV) tertentu tidak mampu menguasai dengan baik dan kontek kerjaya masa depan.

Untuk itu, bagi memantapkan lagi proses pendidikan tanpa mengira pencapaian akademik pelajar-pelajar bagi menyiapkan diri mereka untuk menjadi modal insan yang cemerlang sebagai aset negara di masa akan datang, cadangan-cadangan berikut diharap mampu memperkasakan pelajar-pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang kurang cemerlang.

· Perkasakan mata pelajaran vokasional di sekolah-sekolah. Guru-guru berkaitan harus diberi pendedahan tentang industri yang berkaitan supaya penyampaian menjadi lebih bermakna dan dikaitkan dengan bidang yang sesuai di ILKA.
· Guru-guru kaunseling bukan sekadar bertanggung jawab untuk menangani masalah pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin semata-mata, atau memberi nasihat berkaitan bidang-bidang serta institusi pengajian tinggi yang sesuai, tetapi perlu melengkapkan diri maklumat berkaitan peluang-peluang latihan di ILKA yang lebih tertumpu kepada kumpulan yang mempunyai tahap akademik yang sederhana dan kurang cemerlang.
· Ujudkan guru kerjaya khusus di setiap sekolah atau sekurang-kurang di setiap daerah.
· Sekolah perlu mempunyai hubungan yang baik dengan ILKA bagi menyalurkan maklumat-maklumat berkaitan.
· Pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti mempunyai tahap akademik yang sederhana atau lemah di beri pendedahan kemahiran di peringkat lebih awal dan jika perlu dibawa melawat ke ILKA berkaitan.
· Kecualikan kumpulan pelajar-pelajar yang lemah ini dari mengambil subjek-subjek yang sukar dan lebih menekankan kepada subjek-subjek kemahiran vokasional hasil kerjasama yang berterusan dengan ILKA.
· Kerajaan perlu memberi pengiktirafan yang sewajarnya terhadap sijil kemahiran vokasional dengan menguatkuasakan peraturan yang mana industri mesti diwajibkan mengambil tenaga kerja yang mempunyai sijil kemahiran vokasional dan tidak terlalu bergantung kepada tenaga kerja dari luar yang tidak memiliki kemahiran yang jelas.
· Institusi latihan seperti Pusat Giat Mara yang wujud di setiap daerah perlu di naik taraf dengan menyediakan kemudahan penginapan yang lengkap. Ini penting bagi memberi imej yang positif untuk pelajar-pelajar untuk menarik minat pelajar-pelajar mengikuti latihan kemahiran vokasional. Kumpulan ini akan merasakan mereka mempunyai tempat untuk mengasah bakat dan kemahiran mereka selepas tamat tingkatan 5.
· Kembalikan semula fungsi sekolah vokasional seperti dahulu.

USAHA MEMPERKASA LATIHAN GIAT MARA

Zakaria Mohd Yusof
BERITA HARIAN, 3 Januari 2008.

Pengumuman tentang kenaikan elaun pelatih Giatmara adalah suatu yang amat bertepatan dan bersesuaian sekali dengan realiti keperluan masa kini. Sejak tahun 1986, baru inilah kenaikan elaun diumumkan. Walau pun masih menunggu surat rasmi Majlis Mara, kita berkeyakinan ianya akan menjadi kenyataan sebaik sahaja bermulanya sesi pengajian Januari 2008.

Giatmara merupakan salah satu dari institusi latihan kemahiran awam (ILKA) tajaan kerajaan yang wujud di negara ini berperanan dalam menyediakan peluang kepada lepasan sekolah yang tidak mempunyai tahap akademik yang cemerlang untuk mengikuti kemahiran vokasional bagi meneruskan kerjaya mereka. Giatmara memastikan kumpulan ini berperanan dalam menyokong proses pembangunan dan menjadi modal insan yang berguna kepada negara.

Kewujudan Giatmara ternyata telah memberi peluang kedua kepada kumpulan ini untuk menggilap bakat-bakat yang ada dalam diri mereka dan ditonjolkan melalui latihan kemahiran yang diikuti di Giatmara ini. Kejayaan Giatmara yang telah melahirkan lebih 200,000 pelatih sejak ditubuhkan 20 tahun yang lalu seperti yang dilaporkan adalah suatu pencapaian yang amat membanggakan. Apa lagi melalui latihan yang diikuti di Giatmara ini, telah berjaya mewujudkan tenaga kerja mahir keperluan negara selain dari melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya. Tidak keterlaluan kalau boleh kita katakan bahawa, kejayaan sesetengah dari mereka melebihi dari apa yang telah dicapai oleh rakan-rakan mereka yang mempunyai ijazah. Malah, kedapatan juga di kalangan mereka yang mempunyai ijazah, akhirnya berkhidmat di syarikat-syarikat yang dimiliki oleh lepasan Giatmara ini.

Elaun RM100 yang diterima sejak awal penubuhan Giatmara amatlah jauh dari mencukupi. Giatmara yang berkonsep komuniti dan tidak menyediakan penginapan asrama, elaun tersebut jugalah yang akan digunakan oleh pelatih-pelatih untuk menampung kos pengangkutan ke Giatmara atau kos penginapan bagi yang tinggal berjauhan. Dengan peningkatan kos sara hidup yang ketara ini, tentu sekali nilai RM100 yang diterima sejak sekian lama adalah jauh dari mencukupi.

Oleh itu, penulis meyakini bahawa, pengumuman kenaikan elaun ini pastinya suatu berita yang menggembirakan, malah suatu yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh para pelatih, bahkan juga kepada para tenaga pengajar yang merupakan insan yang paling rapat dengan pelatih-pelatih dan sering menjadi pendengar setia terhadap keluhan pelatih-pelatih. Keluhan-keluhan ini jugalah antara yang turut diajukan dalam lawatan penulis dalam kajian yang dibuat di lebih 50 Giatmara di seluruh negara.

Kita harus memahami bahawa insan-insan yang menjadi pelatih-pelatih di Giatmara ini majoritinya merupakan kumpulan yang mempunyai kemampuan yang kurang dalam akademik. Dengan nilaian kejayaan oleh sebilangan masyarakat, ibu bapa bahkan juga mungkin guru-guru di sekolah, yang berorientasikan kepada siapa yang memperolehi A yang banyak menentukan tahap kejayaan, tidak hairanlah kalau kumpulan ini menjadi kumpulan yang tersisih dan bukan merupakan aset kepada pencapaian sekolah. Hala tuju kerjaya mereka kurang diberi perhatian dan kerap kali dilabel dengan label-label yang negatif.

Kewujudan Giatmara telah mampu menyelamatkan masa depan mereka yang majoritinya adalah anak-anak bumiputera. Dengan syarat minimum sekadar hanya tahu membaca dan menulis, di Giatmara inilah bakat mereka diteroka, kemahiran diasah dan hala tuju dirangka supaya kemahiran yang dimiliki mampu mencernakan masa depan yang gemilang yang setanding dengan insan-insan lain yang dahulunya menjadi pujian di peringkat persekolahan.

Melihat kepada kejayaan yang telah dicapai oleh sebilangan lulusan Giatmara, pujian harus juga ditujukan kepada para tenaga pengajar yang bertungkus lumus berusaha mendidik kumpulan ini daripada kumpulan manusia yang tidak jelas hala tuju dan masa depannya di hari pertama di Giatmara, menjadi kumpulan yang bukan sahaja mempunyai sijil kemahiran mengikut bidang yang dilatih, tetapi juga lebih positif fikirannya serta mempunyai wawasan hidup yang lebih. Ciri-ciri ini menjadikan diri mereka mempunyai lebih nilai serta menjadi aset penting negara.

Antara kelebihan-kelebihan Giatmara sebagai institusi latihan kemahiran vokasional awam ialah;
· Syarat kemasukan yang mudah dan mampu dicapai oleh sesiapa sahaja yang berminat.
· Dengan tempoh kursus yang singkat iaitu enam bulan, ianya tidak akan menjemukan sesiapa sahaja yang mengikutinya.
· Kurikulum yang praktikal yang tidak begitu menekankan teori, sebaliknya lebih menjuruskan kepada mengasah kemahiran, menjadikan lulusan PGM lebih bersedia sebagai tenaga kerja mahir negara.
· Bilangan pelatih yang dihadkan kepada 20 orang untuk setiap kemasukan memastikan tumpuan latihan kepada pelatih-pelatih dapat diberikan sepenuhnya.
· Lokasi Giatmara yang terdapat di setiap daerah atau kawasan parlimen di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menjadikan Giatmara merupakan institusi latihan kemahiran yang terbesar dan memudahkan sesiapa sahaja untuk mengikutinya tanpa perlu meninggalkan kampung halaman.
· Pelatih-pelatih yang tamat latihan dan berminat untuk menjadi usahawan akan menerima bimbingan nasihat yang berterusan dari pihak MARA. Manakala pelatih-pelatih yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi boleh berbuat demikian kerana MARA mempunyai rangkaian institusi pendidikan untuk semua peringkat, bermula dari Giatmara sehinggalah ke peringkat universiti.


Namun begitu, adalah diharapkan kenaikan kadar elaun tersebut hendaknya disusuli pula dengan langkah-langkah peningkatan selanjutnya bagi memastikan kemudahan-kemudahan di Giatmara adalah setanding dengan kemudahan-kemudahan yang ada di ILKA yang lain.

Daripada lawatan penulis ke beberapa pusat Giatmara, penulis berpandangan, dengan pendedahan dan perancangan yang rapi, Giatmara merupakan institusi latihan yang berpotensi dalam melatih dan menyediakan tenaga kerja mahir tempatan bagi menampung kekurangan tenaga kerja negara di sektor-sektor kritikal seperti sektor pembinaan. Walau bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini, Giatmara didapati menghadapi masalah dalam usaha menarik lepasan sekolah untuk memilih bidang latihan tertentu yang berkaitan dengan sektor binaan, walhal, sektor binaanlah yang menjadi salah satu faktor penarik yang menyebabkan sebegitu ramai pekerja asing datang ke negara ini.

Justeru, selain dari usaha positif dengan menaikkan elaun pelatih-pelatih, perkara-perkara berikut merupakan cadangan-cadangan yang perlu dipertimbangkan agar Giatmara dapat diperkasakan dan terus mampan dalam menyediakan tenaga kerja mahir negara.

· Menaik taraf Giatmara dengan menyediakan penginapan yang selesa kepada pelatih-pelatih. Pelatih-pelatih diwajibkan untuk menginap di asrama yang disediakan. Ini membolehkan program kerohanian dan pembangunan diri dirangka dengan sempurna bagi meningkatkan jati diri pelatih-pelatih.
· Selain dari mempunyai kemampuan dalam memberikan latihan kemahiran kepada pelatih-pelatih, tenaga pengajar juga perlu ditingkatkan tahap kelayakan akademiknya dengan menyediakan kemudahan dan peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran sekurang-kurangnya ke peringkat diploma atau yang lebih tinggi. Untuk ini, hubungan dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu dijalin bagi merangka kaedah yang sesuai dan munasabah bagi membolehkan tenaga pengajar melanjutkan pengajian di bidang-bidang yang bersesuaian.
· Tenaga pengajar dari masa ke semasa didedahkan dengan maklumat berkaitan dengan industri dan memahami bentuk pekerjaan dan cabaran yang sebenar. Pendedahan begini membolehkan tenaga pengajar berkemampuan untuk menjelaskan kepada pelatih-pelatih sebagai persediaan yang bakal dihadapi oleh pelatih-pelatih sebaik sahaja mereka menamatkan latihan.
· Menyalurkan maklumat berkaitan bidang-bidang latihan ke sekolah-sekolah secara berterusan disamping dari masa ke semasa, mengadakan kunjungan ke sekolah-sekolah berdekatan. Giatmara juga, jika perlu, menawarkan tempat untuk pelajar-pelajar yang berpotensi untuk mengikuti latihan kemahiran di waktu percutian sekolah. Pelajar-pelajar yang berminat kemudiannya, akan diserapkan terus sebaik sahaja mereka menamatkan peperiksaan atau persekolahan.
· Memandangkan tugas tenaga pengajar adalah suatu tugas yang berat lagi mencabar, bagi membimbing pelatih-pelatih yang kurang atau sederhana kecemerlangan akademik ini, tenaga pengajar dari masa ke semasa perlu didedahkan dengan kemahiran kaunseling dan asas saikologi manusia. Ini membolehkan tenaga pengajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi menghadapi latar belakang pelatih yang mempunyai tahap yang berbagai-bagai ini.
· Giatmara, perlu mempunyai hubungan yang akrab dengan industri yang merupakan potensi majikan kepada pelatih-pelatih. Pelatih-pelatih dari masa ke semasa disaran untuk membuat lawatan industri bagi mendapatkan gambaran pekerjaan yang sebenar. Adalah suatu yang baik sekiranya dapat diusahakan agar majikan tertentu menjadikan kumpulan pelatih-pelatih sebagai ’pelatih angkat’ mereka.
· Mengubah suai kurikulum dengan meletakkan syarat untuk pelatih-pelatih mengadakan latihan industri untuk tempoh tertentu seperti tiga bulan sebaik sahaja mereka menamatkan tempoh wajib enam bulan latihan.
· Bagi memastikan pelatih-pelatih diterima oleh industri, dalam saingan dengan tenaga kerja asing, Giatmara dari masa ke semasa harus berbincang dengan pihak-pihak tertentu kerajaan, supaya menggubalkan polisi-polisi tertentu yang mewajibkan industri mengutamakan tenaga kerja tempatan lulusan Giatmata atau dari ILKA yang lain dalam mengisi kekosongan kerja di sektor-sektor kritikal.
· Giatmara perlu mewujudkan kaunseling kerjaya di peringkat negeri bagi memberi penerangan berkaitan dengan pekerjaan kepada pelatih-pelatih dari masa ke semasa.


Saranan di atas diharap mampu meletakkan imej Giatmara dengan suatu imej yang positif dan seterusnya mampu menarik lebih ramai lepasan sekolah menjadikan Giatmara sebagai pilihan kerjaya mereka. Penyediaan penginapan yang sempurna meletakkan Giatmara setanding dengan ILKA yang lain dan menggambarkan Giatmara bukan lagi institusi latihan kemahiran pilihan kedua atau institusi latihan khusus untuk mereka yang keciciran dalam akademik. Apa yang lebih penting, peningkatan kualiti prasarana di Giatmara memberi mesej jelas kepada masyarakat bahawa di negara ini, bahawa, terdapat kemudahan pendidikan yang sama tarafnya untuk semua kumpulan tanpa mengira tahap pencapaian dan kemampuan. Usaha ini harus dipertimbangkan dengan serius kerana sumbangan kepada negara bukan semata-mata milik golongan yang mempunyai kecemerlangan dalam akademik semata-mata.

Kita percaya, jika tumpuan, bimbingan dan dorongan yang berterusan dilaksanakan di setiap peringkat bermula di peringkat persekolahan, usaha untuk membentuk modal insan kelas pertama harapan negara seperti yang sering dilaungkan oleh kepimpinan negara akan menjadi satu realiti. Persoalannya, sejauh manakah tahap keyakinan kita terhadap insan-insan kerdil yang sebenarnya memandang kepada kita dengan penuh harapan, dan dalam hatinya berkata, ’aku ini insan lemah, bimbinglah diriku, aku mengharapkan bimbingan dan doronganmu,.. berikanlah aku peluang menjadi insan cemerlang yang berguna kepada negara’.

YB PROAKTIF PILIHAN SESUAI JADI CALON

Zakaria Mohd Yusof
BERITA HARIAN, 5 Februari 2008.

SEBAIK saja Perdana Menteri menyatakan hanya akan memilih pemimpin berwibawa sebagai calon dalam pilihan raya akan datang, tentu pelbagai perkara bermain di kepala setiap orang politik, terutama yang mempunyai cita-cita untuk dipilih atau dipilih semula sebagai calon. Kepada yang sudah menjadi Yang Berhormat (YB) sejak penggal lalu, perasaan tenang, yakin, bimbang dan pelbagai lagi timbul di benak masing-masing. Tenang kerana berkemungkinan sudah bersedia dengan apa saja yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, walaupun penuh debaran. Yakin kerana berasa sudah memberikan khidmat terbaik sepanjang menjadi YB sejak sepenggal atau beberapa penggal lalu dan pasti pada pilihan raya kali ini namanya tidak akan tercicir.
Bimbang kerana tidak pasti apakah khidmat sebagai YB sudah berjaya memuaskan hati rakyat, khususnya pengundi yang memberikan sokongan pada pilihan raya lalu. Maka, terkeluarlah kenyataan demi kenyataan daripada bakal calon yang berasakan dirinya patut dipilih, dengan sebutan yang cukup enak didengar, seperti "saya tidak kisah kalau tidak dipilih" atau "saya serahkan kepada pucuk pimpinan". Yang lebih enak didengar lagi ialah kenyataan seperti "yang penting ialah bukan diri saya yang menjadi persoalan, tetapi kemenangan parti yang akan menjadi keutamaan. Saya tetap akan berjuang, walaupun pimpinan memutuskan bukan saya sebagai calonnya."
Ironinya, kenyataan ini banyak sekali kedengaran dan diluahkan di media. Apakah mungkin untuk menunjukkan kepada pucuk pimpinan bahawa, betapa setianya mereka kepada parti. Atau secara tidak langsung kenyataan ini akan menarik perhatian pimpinan untuk menilai semula nama calon terbabit, sekiranya kedudukan nama itu bukan dalam senarai utama. Pada asasnya kita sendiri boleh menilai sejauh manakah wibawa kita di atas tugas diamanahkan. Kepada bakal calon, kita boleh menilai diri kita dengan meletakkan diri kita dalam kategori mana kita berada. Pertama, adakah kita seorang yang proaktif? Kedua, adakah kita seorang yang reaktif ataupun yang ketiga, adakah kita seorang yang tidak aktif. Sekiranya kita seorang yang proaktif, bermakna kita sudah pun menjalankan tugas sebagai YB dengan sebaik mungkin. Kita menguasai masalah di segenap ceruk kawasan yang kita wakili. Masalah kemiskinan, belia, anak yang tercicir pelajaran, anak yatim yang terbiar kehidupannya, orang tua dan ibu tunggal yang dalam kesempitan dan banyak lagi. Kita sentiasa turun padang mencari maklumat sebagai usaha untuk mencari penyelesaian. Kita lakukan ini dengan penuh tanggungjawab. Kitalah pembela nasib mereka. Bukankah ini yang diucapkan atau dijanjikan lima tahun dulu? Penulis percaya, sekiranya kita sudah melaksanakan setiap yang diamanahkan, kita tidak perlu bimbang sama ada kita bakal dicalonkan kembali atau sebaliknya. Jika kita tidak terpilih sekalipun, di atas sebab di luar kemampuan kita, kita seharusnya tidak kecewa. Masyarakat akan mengingati setiap kesungguhan yang kita tunjukkan. Kita tetap juara di mata mereka. Dengan keikhlasan yang kita miliki, usaha kita itu menjadi amal salih yang akan kekal selama-selamanya. Suatu masa, kesungguhan kita dihargai. Tidak mustahil, kita dipilih semula satu hari nanti. Sekiranya berada dalam kategori kedua, iaitu reaktif, bermakna kita tidak banyak turun padang. Kita hanya bertindak sekiranya ada laporan pihak tertentu seperti laporan media, masyarakat sekeliling dan sebagainya. Kita hanya akan bertindak bila diarahkan untuk kita berbuat demikian. Kita tidak mampu menjangkakan apakah masalah atau keperluan sebenar masyarakat di kawasan kita. Ada kalanya kita bersungguh-sungguh, tetapi itu dilakukan sekiranya kita berasakan ia akan memberi kelebihan kepada kita. Umpamanya, kita bersungguh-sungguh sekiranya ada lawatan pucuk pimpinan pada peringkat Pusat atau pimpinan negeri melawat kawasan kita. Waktu itu, kitalah jaguh, kitalah pejuang tulen, pembela masyarakat. Kategori reaktif ini, seharusnya menjadi syarat paling minimum untuk dipilih sebagai pemimpin. Pemimpin dalam kategori inilah yang seharusnya berasa bimbang sama ada akan dipilih atau sebaliknya. Pemimpin ini sering mengatakan, "sebenarnya masih banyak lagi yang belum diperjuangkan. Sekiranya saya diberi peluang sekali lagi.... saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan sebarang masalah berbangkit ...." Inilah juga janji yang diberikan sebelum pemilihan dibuat pada penggal dulu. Kategori terakhir ialah inaktif atau tidak aktif. Kategori ini adalah kategori paling malang. Pemimpin kategori ini bukan saja tidak turun padang berjumpa masyarakat, bahkan tidak memberikan respons yang baik sekiranya diadukan sesuatu. Sering kali pemimpin kategori ini memberikan alasan atas apa yang tidak dilakukan. Pemimpin ini biasanya berusaha menjadi pemimpin semata-mata kerana kepentingan peribadi. Apa yang difikirkan adalah keuntungan yang bakal diperoleh dengan pengaruh dimiliki. Sebenarnya pemimpin inilah yang menjadi punca kenapa hasrat dan perancangan kerajaan itu tidak dapat dicapai sepenuhnya. Sekiranya hasrat kerajaan untuk meningkatkan modal insan, apa yang difikirkan mereka ialah bukan program modal insan itu, sebaliknya mereka hanya memikirkan kepada modal yang disediakan oleh kerajaan. Modal inilah yang akan menjadi sasaran. Akhirnya, modal hilang, tinggallah insan terkapai-kapai dan akhirnya turut hilang. Pemimpin yang tergolong dalam kategori ini pada pemikiran penulis, tidak akan berada dalam senarai bakal calon. Tetapi, adalah tidak mustahil, kumpulan inilah yang beria-ia menunjukkan kebolehan dan kelebihan bagi menarik perhatian pimpinan. Mereka menggunakan apa saja ikhtiar, melobi di setiap cawangan dan bahagian. Sanggup berhabis wang serta menggunakan konco yang ramai. Adalah tidak mustahil, dengan bilangan senarai calon yang ramai dan tanpa disedari, ada di kalangan mereka yang berjaya mencuit hati pucuk pimpinan, dan akhirnya terpilih juga sebagai calon. Akhirnya, kemenangan beliau akan menjadi beban bukan sekadar kepada dirinya, tetapi kepada organisasi yang diwakili. Justeru, kepada yang terpilih, selain menganggap itu sebagai rezeki di atas kepercayaan yang diberikan, bakal calon ini perlu melihat kepercayaan itu sebagai satu dugaan yang dipertanggungjawabkan oleh pimpinan. Bersedialah untuk berbakti sebaik mungkin.

TEGAS KURANGKAN PEKERJA ASING

Zakaria Mohd Yusof
Utusan Malaysia, 20 November 2007.

Tiga langkah kerajaan yang akan dilaksanakan serta merta dalam usaha mengurangkan pekerja asing seperti yang diumumkan dalam media pada 18 November 2007 telah menarik perhatian saya untuk memberi sedikit ulasan dan pandangan. Berdasarkan makluman tersebut, kerajaan akan melaksanakan tiga langkah di sektor binaan bagi mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing di sektor binaan. Yang pertama, kerajaan akan menggalakkan penggunaan ’Industrialised Building System’ atau lebih popular dengan singkatan IBS dalam rekabentuk projek-projek kerajaan. Kedua, menggalakkan kontraktor menggunakan khidmat ’Construction Labour Exchange Centre Berhad’ (CLAB) bagi mendapatkan khidmat pekerja asing dan ketiga menggalakkan kontraktor mendapatkan khidmat hanya pekerja asing yang mahir sahaja untuk digunakan dalam projek pembinaan.

Saya sangat mengalu-alukan tiga langkah yang telah diutarakan ini yang difahamkan akan berkuatkuasa serta merta. Setidak-tidaknya dengan langkah tersebut, kerajaan telah melihat kehadapan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing secara berperingkat-peringkat khusus di sektor binaan. Juga dimaklumkan menjelang 2010, sektor binaan ini akan berusaha menghadkan kebergantungan kepada pekerja asing kepada 15% sahaja. Penggunaan IBS akan menukarkan persepsi masyarakat terhadap sektor binaan yang umumnya menganggap ianya kotor dan sukar kepada suasana yang lebih kemas proses pembinaannya, disamping mampu mengurangkan bilangan pekerja ditapak. Penggunaan pekerja asing oleh kontraktor tempatan yang disyaratkan berdasarkan kepada saiz dan tempoh projek, dan harus melalui CLAB diharapkan mampu menghadkan penggunaan pekerja asing tanpa batasan. Manakala saranan kepada kontraktor agar hanya mengambil pekerja asing berkemahiran sahaja merupakan suatu saranan yang positif yang setidak-tidaknya memberi ingatan kepada kontraktor supaya bijak dalam memilih jenis pekerja asing yang benar-benar diperlukan dalam perlaksanaan projek mereka.

Namun begitu, masih banyak yang perlu dilaksanakan bagi merealisasikan tiga langkah yang telah diutarakan tersebut. Bentuk projek yang berbagai-bagai dari segi saiz, bermula dari kerja-kerja pengubahsuaian kepada perlaksanaan projek-projek yang bersifat modular rekabentuknya, dan seterusnya kepada projek-projek mega, penggunaan IBS dilihat amat bersesuaian kepada projek-projek kerajaan yang mempunyai rekabentuk yang piawai. Namun begitu, setakat ini ianya dilihat tidak mampu diaplikasikan kepada kesemua perlaksanaan projek terutamanya kepada projek-projek pengubahsuaian yang mana nilai projek keseluruhannya tidak dapat tidak, turut mempunyai impak yang cukup signifikan dari segi kos. Akibatnya pendekatan pembinaan konvensional bagi kerja-kerja pengubahsuaian akan terus menjadi pendekatan yang popular kepada kontraktor-kontraktor dan seterusnya, memerlukan pekerja yang tidak sedikit bilangannya, yang akhirnya, masalah kebergantungan kepada pekerja asing akan menjadi masalah yang tidak berkesudahan.

Usaha mengurangkan pekerja asing menerusi CLAB, merupakan suatu langkah kreatif sekiranya dapat dilaksanakan secara menyeluruh serta dilaksanakan bersama dengan pengawalan dan penguatkuasaan yang tegas dan efektif. Jika tidak, timbul kekhuatiran yang mana pekerja asing yang diluluskan mengikut tempoh-tempoh tertentu melalui CLAB ini enggan kembali ke negara asal mereka setelah selesa mendapat pekerjaan dan pendapatan yang lumayan. Tambahan pula sekiranya bilangan pekerja asing yang diperlukan akan berdasarkan kepada ’saiz dan tempoh’ projek, kerajaan harus ada satu formula khusus atau asas yang jelas bagi menentukan bilangan pekerja sebenar yang diperlukan mengikut ’saiz dan tempoh’ projek tersebut bagi mengelakkan keperluan kemasukan bilangan pekerja asing yang kemungkinan sengaja diada-adakan dan tidak berdasarkan kepada keperluan sebenar.

Begitu juga dengan langkah untuk menggalakkan kontraktor hanya mengambil pekerja asing yang mahir sahaja untuk bekerja. Persoalan timbul bagaimana untuk kita memastikan pekerja asing tersebut benar-benar mahir mengikut piawaian kita. Adakah kita harus menguji tahap kemahiran mereka di negara asal mereka sebelum datang ke negara kita atau pekerja-pekerja asing tersebut hanya akan diuji sebaik sahaja tiba di negara kita. Ini memerlukan satu panduan yang benar-benar jelas yang boleh menjadi pedoman kepada kontraktor-kontraktor serta mana-mana majikan. Umum menerima hakikat bahawa rata-rata pekerja asing yang datang tidak mempunyai kemahiran yang sepatutnya yang akhirnya mengakibatkan menghasilkan pembinaan yang tidak berkualiti. Telah banyak kita dengar dan lihat bangunan-bangunan yang tidak kukuh, berlaku keretakan sebelum tempoh, bahkan tidak sedikit yang terus runtuh.

Apa yang saya perhatikan, tanpa menafikan hasrat terhadap langkah-langkah tersebut, ianya menampakkan kepada kita bahawa, negara dilihat terlalu mengharapkan kehadiran pekerja asing sebagai sumber daya yang utama dalam sektor binaan. Strategi yang diutarakan lebih menjurus kepada keperluan negara terhadap pekerja asing dalam sektor ini. Bezanya dengan sebelum ini ialah barangkali, adanya bentuk pengawasan dalam pengagihan pekerja asing mengikut keperluan dengan panduan yang jelas untuk difahami oleh majikan. Adalah diharapkan, dengan ketegasan dalam penguatkuasaan, bukan sahaja kepada pekerja asing semata-mata yang akan diawasi, tetapi juga kepada majikan yang menggunakan khidmat pekerja-pekerja asing ini.

Tiga langkah ini pada pandangan saya, walaupun suatu yang positif, tetapi ianya tidak cuba membawa minda masyarakat, khususnya kontraktor-kontraktor untuk beralih dengan memberi sedikit ruang dan keyakinan kepada puluhan ribu tenaga kerja tempatan sediada, apa lagi yang telah dilatih oleh institusi latihan kemahiran tajaan kerajaan yang tentunya melibatkan kos yang tidak sedikit. Kita sedia maklum kerajaan telah mempunyai berbagai institusi latihan kemahiran modal insan seperti Akademi Binaan Malaysia, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Mara dan Pusat Giat Mara di seluruh negara yang menawarkan latihan dalam bidang-bidang yang diperlukan negara. Setiap tahun 15,000 telah dilatih dan menamatkan latihan walaupun keupayaan institusi latihan modal insan ini mempunyai keupayaan lebih dari angka ini. Persoalannya ke manakah perginya insan-insan yang telah dibekalkan modal ini? Tidakkan ianya merupakan kerugian yang besar kepada negara dengan membiarkan insan yang bermodal ini hilang begitu sahaja tanpa menyediakan ruang dan keyakinan? Jika pun keupayaan tenaga kerja tempatan ini dikatakan tidak setanding dengan pekerja asing, setidak-tidaknya para kontraktor menyedari negara ada tenaga kerja terlatih yang setiap tahun jumlahnya bukan sedikit telah dilahirkan. Tenaga terlatih tempatan ini, jika diberi keyakinan yang berterusan dan dengan ganjaran yang setimpal bersesuaian dengan status mereka sebagai warganegara Malaysia, kita yakin corak kebergantungan kepada pekerja asing di sektor binaan akan berubah dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang. Dengan perancangan pembangunan yang pesat dalam negara untuk tempoh beberapa tahun dari sekarang seperti yang telah dimaklumkan oleh kerajaan, keperluan kepada pekerja untuk sektor binaan ini amatlah terdesak. Untuk itu jangkaan untuk sektor binaan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing kepada 15% dalam tempoh tiga tahun dari sekarang (2010) amatlah diragui hasilnya.

Justeru itu cadangan berikut diharapkan dapat membantu memantapkan tiga langkah yang telah digariskan bagi memastikan kebergantungan kepada pekerja asing mampu dikurangkan tanpa menjejaskan perancangan pembangunan negara.

1. Berusaha untuk menerapkan konsep IBS ini dalam kurikulum disetiap institusi latihan kemahiran tajaan kerajaan yang wujud di negara ini. Kita perlu memastikan sekiranya konsep IBS ini berjaya mengurangkan penggunaan pekerja di tapak di masa akan datang, pekerja yang terlibat tersebut mestilah terdiri dari pekerja tempatan yang telah dilatih.
2. Mewujudkan lebih banyak ’Kontraktor Pemasang’ bagi menjayakan konsep IBS ini di pelbagai peringkat kelas dan gred kontraktor di setiap negeri dan daerah. Kontraktor Pemasang ini hendaklah dipastikan hanya menggunakan pekerja tempatan yang telah dilatih di institusi latihan tajaan kerajaan.
3. CLAB, disamping bertindak sebagai agen pertukaran pekerja asing, harus juga bertindak sebagai agen pertukaran pekerja tempatan khususnya yang dilatih oleh institusi latihan tajaan kerajaan. CLAB perlu juga mempunyai pangkalan data pusat berkaitan dengan bilangan pekerja mahir tempatan yang keluar dari institusi latihan tajaan kerajaan di setiap tahun. Semua institusi latihan yang ada perlu membekalkan butir-butir pelatih yang tamat latihan mengikut bidang kemahiran sebaik sahaja mereka berjaya menamatkan latihan. Jika tidak CLAB, kerajaan harus memikirkan untuk membentuk unit seumpamanya yang berperanan sebagai agen pertukaran dan pengagihan pekerja di kalangan pekerja mahir tempatan.
4. Daripada menggalakkan kontraktor-kontraktor memilih pekerja asing yang mahir sahaja untuk diambil bekerja, kerajaan perlu menyarankan kepada kontraktor-kontraktor untuk memberi keutamaan kepada pekerja mahir tempatan yang telah menamatkan latihan untuk diambil bekerja secara berperingkat-peringkat.
5. Bagi menggalakkan lagi penggunaan pekerja mahir tempatan dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, kerajaan harus menyediakan insentif yang sewajarnya kepada mana-mana kontraktor yang mengambil inisiatif dengan keutamaan kepada pekerja tempatan terlatih. Insentif tersebut, seperti memberi keutamaan untuk mendapat projek kerajaan, diberi pengurangan levi, dilonggarkan syarat pembaharuan lesen sebagai kontraktor dan sebagainya menyatakan beberapa contoh.

Kembalikan kecemerlangan mutu sukan negara

Kemenangan kuatet 4x400 meter negara menggondol pingat emas benar-benar terkesan dalam jiwa saya untuk memberi sedikit ulasan. Saya tidak berkesempatan untuk melihat acara tersebut secara langsung, dan hanya menyedari setelah melihatnya dalam media di awal pagi.

Saya bukanlah pandai dalam mengulas sukan tanah air, begitu juga saya tidak pernah menulis tentang sukan di media, saya hanyalah peminat biasa yang mengikuti perkembangan sukan tanah air dan tentunya ingin melihat atlet-atlet kita memberikan sesuatu untuk peminat tanah air yang menunggu-nunggu berita tentang saat-saat kecemerlangan. Entah kenapa kejayaan kuatet 4x400 negara tersebut membuatkan saya memberanikan diri untuk membuat sedikti ulasan.

Setelah kecewa dengan kegagalan negara dalam bolasepak untuk membawa pulang sebarang warna pingat meskipun digembar-gemburkan untuk membawa pulang pingat berwarna emas, entah kenapa, pada hari tersebut saya menjadi tidak berminat untuk mengikuti perkembangan Sukan Sea untuk seterusnya pada malam itu. Hatta, anak saya yang berumur 9 tahun (yang telah mengikuti perlawanan secara langsung melalui saluran dari negara jiran sejak dari mula wisel dibunyikan), nyata daripada riak wajahnya, ternyata begitu kecewa, apa lagi setelah mendahuluinya terlebih dahulu dengan satu kosong. Itu hanya dari seorang anak kecil yang mengharapkan satu kemenangan dan mudah-mudahan berakhir dengan satu kejayaan bagi merealisasikan sebutir pingat walau apa warna sekali pun. Tapi nampaknya, ternyata bola sepak bukanlah acara yang boleh diberikan sandaran dan harapan. Ternyata ianya mengecewakan. Selamat pulang pasukan bolasepak negara.

Namun kejayaan kuatet 4x400 meter yang kemudiannya saya tonton melalui rakaman kejayaan tersebut yang disiarkan pagi ini (Ahad) oleh RTM1, ternyata memberi penawar kepada rakyat Malaysia untuk melupakan sementara kegagalan bola sepak negara. Kejayaan tersebut, apa lagi yang pertama dalam acara olahraga di Sukan Sea ini benar-benar membanggakan dan memberi kesan yang mendalam. Keringat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh keempat-empat atlet negara sesuatu yang harus diberi pujian. Mereka mendahului sejak dari awal pusingan, walau pun satu ketika pelari tuan rumah Thailand hampir-hampir memintas pelari kedua negara, namun pelari negara tersebut (maaf saya tidak ingat namanya) tidak leka walaupun mendahuluinya dan berjaya mengekang saingan lawan dan akhirnya membuatkan pelari tuan rumah kecewa dan kepenatan. Pelari-pelari negara terus berjuang sehinggalah ke garisan penamat dan di akhiri dengan sebutir pingat emas yang amat bernilai sekurang-kurangnya pengubat kekecewaan yang ditinggalkan oleh pasukan bolasepak negara. SYABAS kuatet 4 x 100 negara. Hanya kesungguhan yang jitu akan membuahkan hasil dan mampu merealisasikan hasrat peminat-peminat dan negara.

Saya percaya, kejayaan tersebut bukanlah suatu yang boleh diperolehi dengan mudah. Memang mereka telah mengikuti perancangan latihan yang rapi dari jurulatih masing-masing. Namun, lebih jauh daripada itu, dalam diri setiap pelari tersebut tiada yang lain, bukan juga untuk kejayaan diri sendiri masing-masing, tetapi tiada lain kecuali mengharumkan nama negara. Matlamat itulah yang melonjak kekuatan dalam diri mereka untuk terus berlari dan berlari, walau pun diberi saingan sengit. Tiada erti putus asa dalam diri mereka, apa lagi leka dengan kedudukan yang mendahului lawan. Mereka terus berjuang sehingga ke garisan terakhir. Mereka tidak menoleh ke belakang dan tidak juga dibuai dengan kejayaan walaupun telah memenangi pingat emas di Sukan Sea dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

Apa yang ada dalam diri ialah ingin membuktikan tahap kemampuan mereka, bahawa kehadiran mereka dalam kontingen negara bukanlah sebagai pelengkap semata-mata. Mereka sedar hanya emas yang akan membezakan mereka. Keinginan yang membara ini akhirnya telah membuahkan hasil yang amat bermakna. Tidak keterlaluan untuk saya katakan mereka inilah wira negara sebenar dalam dunia sukan.

Saya percaya sekiranya semangat dan keinginan yang kuat lagi membara dapat diwujudkan dalam diri setiap atlet negara, kita tentunya tidak akan pulang dengan tangan kosong. Setidak-tidaknya peminat-peminat di tanah air melihat kita telahpun berjuang habis-habisan, melebihi tahap seratus peratus kemampuan diri dan pasukan.

Benar, menang atau tewas memang adat kejohanan, tetapi yang lebih penting ialah berjuang dahulu dengan semangat dan daya juang yang tinggi. Inilah yang diharapkan peminat-peminat sukan tanah air dalam apa jua jenis sukan yang diwakili. Saya percaya, peminat akan bersifat lebih rasional sekiranya kita telah memberikan persembahan sepenuh tenaga. Itulah yang harus terlebih dahulu dibuktikan kepada peminat. Ingat, peminat-peminat dari yang rendah usianya sehinggalah kepada peminat tegar, bijak melihat sejauh manakah kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh para atlet.

Untuk itu, kegagalan pasukan bolasepak negara perlulah dijadikan iktibar oleh pemain-pemain itu sendiri setelah baru sedikit diberikan harapan lantaran kemenangan tanpa diduga di Pesta Bola Merdeka baru-baru ini. Rupa-rupanya kejayaan awal itu yang lalu itu membuatkan kita sedikit leka sehingga terlupa yang pemergian kita ke sana menggalas tanggung jawab dan janji yang menjadi penantian peminat setelah kali terakhir memenangi pingat emas kebanggaan itu pada tahun 1989. Tidak keterlaluan atau tidak salah rasanya untuk peminat-peminat merasa terkilan, kalau pun tidak merasa tertipu. Saya mohon maaf, sekiranya kenyataan ini agak negatif bunyinya, tetapi itulah yang dapat dirasai, dan saya percaya perasaan ini dikongsi sama oleh peminat-peminat sukan bola sepak tanah air yang lain.

Justeru, saya percaya masih banyak yang perlu dilakukan oleh jurulatih negara B. Sathianathan. Pendedahan demi pendedahan telah banyak diberikan, samada di dalam mahupun diluar negara dengan kos yang pastinya tidak sedikit jumlahnya. Cuma mungkin, perkara yang masih belum dilakukan ialah dengan membuat imbauan kembali sejarah perjuangan pemain-pemain bola sepak negara suatu ketika dulu. Saya tidak pasti sejauh manakah pemain-pemain negara kini mengetahui dan menyelami detik-detik bersejarah bola sepak negara suatu ketika dahulu yang telah berjaya membawa nama Malaysia setanding dengan pasukan-pasukan Korea Selatan dan Jepun. Kehebatan pemain bolasepak terdahulu dan kejayaan negara dengan keringat yang telah ditunjukkan pemain-pemain pada waktu itu, walau pun imbohan pada waktu itu yang tidak seberapa, amatlah membanggakan dan merupakan suatu yang tidak sekali-kali dilupakan.

Masih segar dalam ingatan saya pada tahun 1980. Waktu itu, saya berada di tingkatan lima dan berada di asrama di Sekolah Menengah Teknik, Jalan Lapangan Terbang, Gong Badak, Kuala Terengganu, bagaimana saya dan rakan-rakan, di dewan asrama melihat kehebatan Hasan Sani yang menggelecek beberapa pemain Korea Selatan dan seterusnya melorongkan bola kepada gandingan mantapnya, James Wong, yang kemudiannya turut mengelirukan beberapa pemain Korea Selatan sebelum menendang bola ke arah gol Korea Selatan. GOL!!!!!! itulah teriakan kuat yang sepontan dari saya dan rakan-rakan menyambut kejayaan tersebut dengan penuh kebanggaan. Kejayaan tersebut telah melayakkan negara ke Sukan Olimpik Moscow. Walau pun negara telah menarik diri dari menyertai sukan olimpik tersebut, lantaran suasana politik dunia pada waktu itu, tetapi itu tidak menjejaskan semangat pasukan untuk berjuang untuk merebut tempat ke pusingan akhir di Sukan Olimpik. Apa yang lebih penting dalam diri pemain-pemain ketika itu ialah memertabatkan maruan negara di arena sukan bola sepak. Dalam diri mereka maruah tidak boleh dijadikan galang gantinya. Akhirnya, walaupun keputusan negara tidak menyertai sukan Olimpik tersebut, peminat-peminat puas kerana perjuangan dan komitmen jitu yang telah ditunjukkan pemain-pemain meletakkan maruah negara sentiasa di hadapan. Saya tidak pasti, entah bila saat-saat begini menjelma kembali.

Ini berlainan pula dengan skuad sepak takraw negara. Saya tidak perlu mengulas dengan lebih panjang berkaitan isu ini. Telah banyak penulis-penulis sukan tanah air mengemukakan pandangan. Namun pada saya, walau apa alasan sekali pun, penarikan diri sebelum bertarung dalam kejuaraan yang suatu ketika dulu kitalah juaranya, bahkan tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa kitalah pelopornya,.. merupakan satu keputusan yang memalukan yang menjejaskan maruah negara dalam sukan sepak takraw. Selepas ini kita tidak pasti ke manakah hala tuju pasukan sepak takraw negara. Apakah pemulauan akan berterusan sekiranya jenis bola yang sama digunakan dalam kejohanan-kejohanan akan datang. Apa yang diharapkan ialah jangan pula kita akan terpulau dengan sendirinya satu hari nanti. Barangkali, dalam isu ini pasukan bola sepak perlu lebih diberikan pujian. Setidak-tidaknya, anak-anak buah B. Sathianathan telah pun ke medan perjuangan, dan berjuang bermati-matian, walau pun nasib tidak menyebelahi mereka. Berlainan dengan pasukan sepak takraw negara. Ibarat menang sorak, maruah tergadai.

Kepada rakyat Malaysia keseluruhannya, teruskan menyokong kontingen negara. Satu pingat pergi, bukan bermakna misi negara telah menemui kegagalan. Berpuluh pingat lagi pasti hadir menjelma sebelum kejohanan menutup tirainya 15 Disember ini. Buktinya, hari ini sehingga jam 1.50 tengahari hari ini (Ahad) sejumlah empat pingat telah hadir yang menjadi keseluruhannya 12 pingat. Teruskan berjuang atlet negara. Rakyat Malaysia tidak akan jemu memberikan sokongan.