UTUSAN MALAYSIA, 14 November 2008
THOMAS CHONG
Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.
‘‘Sebanyak 317,404 calon (62.7 peratus) mendapat minimum gred C dalam semua mata pelajaran berbanding purata 60.5 peratus untuk tempoh 2003-2007.
‘‘Seramai 488,567 pelajar atau 96.3 peratus daripada jumlah calon pula mencapai tahap literasi yang dikehendaki berbanding purata 95.7 peratus untuk lima tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Alimuddin berkata, hanya terdapat empat mata pelajaran yang mencatatkan penurunan dari segi jumlah pelajar yang mendapat A iaitu Matematik, Bahasa Inggeris SJK, Bahasa Cina (pemahaman) dan Bahasa Tamil (pemahaman). Menurutnya, lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (penulisan) Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Inggeris SK, Bahasa Melayu (pemahaman) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Bahasa Cina (penulisan) dan Bahasa Tamil (penulisan) pula mencatatkan peningkatan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mendapat gred A.
‘‘Dari segi pelajar yang memperoleh minimum gred C pula, mata pelajaran yang mencatatkan peningkatan signifikan ialah Bahasa Melayu (penulisan) SJK dan Bahasa Inggeris SK. ‘‘Tiada satu pun mata pelajaran yang mencatatkan penurunan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mencapai gred A hingga C,” katanya.
Dalam pada itu, lebih separuh daripada jumlah calon pelajar berkenaan menggunakan bahasa Inggeris bagi menjawab peperiksaan Sains dan Matematik. Daripada 511,875 sampel yang diambil, 159,234 (31.1 peratus) calon menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam menjawab soalan Sains.
Alimuddin berkata, keputusan di kalangan calon orang kurang upaya (OKU) turut mencatatkan peningkatan memberangsangkan tahun ini.
‘‘Sebanyak 1.27 peratus daripada jumlah calon terencat akal memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding hanya 1.19 peratus pada tahun lalu. ‘‘Jumlah calon buta yang mendapat semua A pula meningkat daripada kosong kepada 3.33 peratus. Calon cacat lain daripada kosong kepada 0.33 peratus, calon rabun daripada kosong kepada 1.33 peratus dan calon spastik daripada 1.23 peratus kepada 4.26 peratus.
‘‘Calon bisu yang mendapat A dalam semua mata pelajaran, bagaimanapun, menurun daripada 66.67 peratus kepada 50 peratus manakala masih tiada calon pekak yang mendapat semua A pada tahun ini,” katanya.
Ditanya mengapa analisis keputusan keseluruhan UPSR tahun ini dibandingkan dengan keputusan purata lima tahun lalu dan bukan dengan keputusan tahun lepas, Alimuddin berkata, perbandingan dengan lima tahun lepas dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh dan tepat.
‘‘Selain itu, tahun 2003 juga merupakan tahun di mana kita memulakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,” katanya.
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya.
Kenapa Kelapa Muda?
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.
Tepuk dada, iman pengantaranya.
HARGAILAH ORANG MUDA!
Friday, November 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel - Artikel..
-
▼
2008
(121)
-
▼
November
(37)
- AJAR SUBJEK TEKNIK, VOKASIONAL DARI TING. 1
- IPTA BAZIR BANYAK WANG KERAJAAN???
- KEMASUKAN PEKERJA ASING DI BAWAH KDN
- PEKERJA ASING: JANGAN SALAHKAN KERAJAAN
- ATASI ISU PEKERJA ASING
- WARGA ASING RAIH KEMEWAHAN DI NEGARA KITA
- 50,000 PEKERJA MALAYSIA PULANG 2009
- BATAL PERMIT PEKERJA ASING
- PEMBANGUNAN MODAL INSAN MISI UTAMA
- RM128J PERKASA GOLONGAN BELIA FELDA
- CEMERLANG UPSR PERLU BERTERUSAN
- GUNA KEMAHIRAN TINGKATKAN TARAF HIDUP
- PROGRAM PERKASA BELIA TAHUN DEPAN
- TIDAK MAMPU, BUKAN TAK MINAT
- BELIA KURANG CEBURI PEMBINAAN - Kerajaan Belanja B...
- 442,936 DUDUKI SPM 53,633 DUDUKI STPM
- KEPUTUSAN UPSR LEBIH BAIK
- 85% TENAGA KERJA KITA DI SINGAPURA DAKWA DITIPU
- PENDIDIKAN TIGA ALIRAN SEKOLAH TEKNIK DAPAT SAMBUT...
- LEBIH 40,000 TENAGA MAHIR SETAHUN
- KAJI MATA PELAJARAN INOVASI DI SEKOLAH
- PERSEDIAAN ROHANI TINGKAT KEYAKINAN HADAPI PEPERIK...
- LATIH 100,000 PEKERJA SETAHUN
- 442,936 DUDUKI SPM MULAI 11 NOVEMBER
- RM100 JUTA LATIH 100,000 TENAGA MAHIR
- PENDATANG ASING TANPA IZIN 'KUASAI' KAMPUNG
- PERLAKSANAAN SISTEM IBS KURANGKAN PERGANTUNGAN KEP...
- PENGAJAR IKBN TIDAK BERDISIPLIN
- VOKASIONAL PERLU DIROMBAK, DINAIK TARAF
- UK KLASIFIKASIKAN WARGA ASING
- LEPASAN SEKOLAH PERLU SERTAI KURSUS KEMAHIRAN
- IKBN BAKAL AMBIL 10,000 PELAJAR
- STRATEGI PENGGUNAAN IBS DI SEKTOR BINAAN
- 30,000 RAKYAT MALAYSIA MENJADI PENDATANG TANPA IZI...
- GIATMARA: GANDAKAN GENERASI BERKEMAHIRAN
- MARA MAHU TINGKAT KEMAHIRAN BERFIKIR
- ISU PEKERJA ASING YANG TIADA KESUDAHAN
-
▼
November
(37)
No comments:
Post a Comment