Kenapa Kelapa Muda?

Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.

Tepuk dada, iman pengantaranya.

HARGAILAH ORANG MUDA!



Tuesday, November 04, 2008

PENGAJAR IKBN TIDAK BERDISIPLIN

BERITA HARIAN, 4 November 2008

KAMI pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam, Pulau Pinang, tertekan dengan sikap segelintir pengajar IKBN yang suka melemparkan kata kesat kepada kami seperti 'beruk’, `kuda kayu’, `muka macam penyamun’ dan lain-lain lagi. Seorang kawan kami cuba menasihati pengajar yang suka melemparkan kata kesat, namun disepak dan ditumbuk seperti ‘anjing’ dalam kelas.

Apakah itu cara pembelajaran di IKBN Bukit Mertajam? Untuk tidak memanjangkan isu itu, kami menasihatinya agar tidak melaporkan kepada polis.

Kami tidak faham peraturan di IKBN itu, pengarah benarkan pelatih bermain mercun pada bulan puasa tetapi pegawai pula menghukum. Begitu juga dengan sambutan bulan kemerdekaan, pelatih bukan Melayu dibenarkan, manakala pelatih Melayu dipaksa ikut program, kalau tidak kena denda.

Sebenarnya pengajar IKBN itu sendiri ramai yang tidak berdisiplin, pakaian tak kemas serta mempersendakan Negaraku pada perhimpunan bulanan di atas pentas di belakang pengarah dengan menyanyi tidak ikut rentak dan mengilai.

Pelatih Tertekan

1 comment:

Unknown said...

KAT IKBN MIRI PUN SAMA JG,SETIAP HARI TAK SAH KALAU TAK MAKAN MAKI HAMUN...BODOHLAH,KATA SIALLAH..SELALUNYA PENGAJAR MAKI PELATIH DENGAN KATA2 LUCAH..SUNGGUH TAK BERMORAL.. BUKAN SETAKAT KENA MAKI JE,LEBIH DPD TU,PENGAJAR JADIKAN PELATIH MACAM ULUN,MACAM KULI BATAK..SUBUH2 BUTA TURUN BENGKEL BUAT PEMBERSIHAN(APA KEJADAH,BENGKEL START JAM 7SEMUA PELATIH MASIH SEDAP2 TIDUR TP KITAORG TERHEGEH2 TURUN BENGKEL),SAMPAI TAK SEMPAT SARAPAN,PAS TU KALAU LAMBAT PULA WALAU SESAATPUN,TERUS KENA DENDA,BILA PENGAJAR MINTA ALSAN,KITA BAGI SERIBU LOGIK ALASANPUN TAK GUNA,TETAP TAK DIPERTIMBANGKAN..ALIH2 NAMA KENA REKOD DALAM BUKU DISIPLIN..HARI2 NAK KENA BUAT PEMBERSIHAN,PAGI TENGAH HARI,PETANG..KULI PUN TAK STERUK TU..

Artikel - Artikel..