Kenapa Kelapa Muda?

Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.

Tepuk dada, iman pengantaranya.

HARGAILAH ORANG MUDA!



Tuesday, October 07, 2008

KAJIAN CARI PUNCA RAKYAT TEMPATAN TIDAK MINAT KERJA KILANG, LADANG

BERITA HARIAN
7 September 2008

KUCHING: Majlis Buruh Sarawak (MBS) mahu kerajaan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca rakyat tempatan kurang berminat bekerja dalam sektor perkilangan, pembuatan dan perladangan di dalam negara, sebaliknya sanggup melakukan kerja serupa di luar negara. Presidennya, William Ghani Bina, berkata kajian itu perlu kerana ramai rakyat negara ini termasuk dari Sarawak yang sanggup bekerja sebagai pekerja kilang dan buruh di luar negara. Beliau berkata, mereka bukan saja bekerja di negara jiran seperti Brunei Darussalam dan Singapura, malah di Taiwan, Jepun dan Afrika.

Katanya, ramai rakyat Sarawak yang sanggup pergi ke Singapura hanya untuk bekerja kilang tidak kurang juga yang menjadi tukang potong rumput dan pembaiki jalan di Brunei Darusalam. "Daripada maklumat yang diperoleh MBS setakat ini, apa yang mendorong mereka untuk bekerja di sana, bukan saja kadar gaji yang lumayan, malah pelbagai kemudahan yang sediakan majikan. "Punca utama yang menyebabkan rakyat tempatan kurang berminat untuk bekerja dalam sektor perkilangan, pembuatan dan perladangan di negeri ini adalah kerana kadar gaji dan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh majikan jauh lebih rendah berbanding yang ditawarkan negara luar," katanya kepada Berita Harian. Ghani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Kesatuan Persatuan Guru Sabah Sarawak (JBKPGSS) berkata, punca utama mengapa kebanyakan majikan dalam sektor itu di negeri ini, yang lebih suka mengambil pekerja asing dari Indonesia adalah kerana mereka sanggup menerima gaji walaupun hanya RM25 atau RM35 sehari.

Katanya, bagi mereka kadar gaji RM25 atau RM35 sehari cukup tinggi, berbanding gaji yang mereka peroleh di negara sendiri untuk bidang kerja sama. "Sebab itu MBS menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan, rakyat di negara ini termasuk penduduk Sarawak masih bersikap terlalu memilih bidang pekerjaan. "Dakwaan itu tidak tepat, kerana jumlah mereka yang bersikap demikian hanya membabit beberapa orang saja," katanya. Beliau kesal dengan sikap sesetengah pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang sering menuduh lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) sebagai terlalu memilih pekerjaan. Katanya, kenyataan seperti ini perlu dihentikan segera kerana ia boleh menimbulkan salah faham di kalangan pelabur asing yang bercadang menanam modal di negeri ini.

3 comments:

Anonymous said...

Faktor pndapatan yg lumayan lah menyebabkan penghijrahan berlaku. Lagi satu mungkin kurangnya prasarana kat kilang atau ladang menyebabkan mereka berfikir dua kali utk terus menerima tawaran kerja tersebut. Prasarana pnting utk sebuah kehidupan yg selesa. Kerja kilang dan ladang menuntut tenaga yg sgt kuat. Ada diantara adik2 kita yg rasa tidak mampu utk mengerah keringat seperti pndtang2 ni yg di akui sgt kuat bekerja. Tak payah tgk contoh yg jauh. Lihat saya amah2 yg mnjadi pmbantu rumah. Seawal 5 pagi sudah bangun utk memulakan kerja dan ada antaranya yg selesai kerja sehingga lewat malam. Nak cakap apa lagi?

Zakaria MY said...

tkasin Pn arryani, blog saya jarang dikunjungi orang. pn yang pertama yang bei komen. Bolg ni memang khusus untuk isu2 macam ni. Apa la nasib anak kita 10-20 akan datang.

Unknown said...

Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Hubungi kami hari ini .. Jude GERAD SR Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

Artikel - Artikel..