Kenapa Kelapa Muda?

Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.

Tepuk dada, iman pengantaranya.

HARGAILAH ORANG MUDA!



Thursday, October 30, 2008

GIATMARA MAMPU KURANGKAN PEKERJA ASING

UTUSAN MALAYSIA
29 Oktober 2008

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pembinaan sebanyak 28 lagi Pusat GiatMara di seluruh negara menggunakan Bajet 2009 akan membantu melahirkan tenaga kerja mahir sekali gus mengurangkan pergantungan negara terhadap tenaga kerja asing.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar (gambar) berkata, langkah itu selaras sasaran kerajaan yang mahu membina 222 pusat itu mengikut bilangan Parlimen yang terdapat di seluruh negara.

Katanya, walaupun peruntukan kementeriannya di bawah bajet itu tinggal RM2.4 bilion berbanding RM4 bilion yang diperlukan, pihaknya tidak akan memotong peruntukan yang dijanjikan untuk membangunkan GiatMara.

"GiatMara adalah pusat yang penting dalam memberikan latihan kemahiran kepada belia negara, seterusnya mengurangkan kebergantungan kerajaan pada penggunaan tenaga kerja asing," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan kejayaan GiatMara memenangi tempat ketiga Anugerah Inovasi Persatuan Komanwel mengenai Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) di sini hari ini.

Hadir sama ialah timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Meriyam Abd. Majid.

Noh menambah, pelbagai program kemahiran sedang dirancang oleh kementerian beliau dan GiatMara seperti kursus penjagaan kanak-kanak dan pemanduan teksi serta bas.
Katanya, jika belia di negara ini boleh dilatih menguruskan rumah tangga sambil mendidik anak majikan, tumpuan pengambilan pembantu rumah warga Filipina yang mempunyai kemahiran itu berupaya dikurangkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Meriyam memberitahu, kejayaan pasukannya memenangi anugerah Komanwel di Barbados, Selasa lalu berkait rapat dengan tema 'Local to Global'.
"Kejayaan ini antaranya didorong oleh penjelasan kami dalam menguruskan bantuan kepada masyarakat miskin dan menyelesaikan pengangguran melalui program Giat Dekat Rakyat," jelasnya.

No comments:

Artikel - Artikel..