UTUSAN MALAYSIA
20 Oktober 2008
SYABAS... ISHAK Ismail menunjukkan isyarat bagus selepas menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat pada Konvokesyen Universiti Putra Malaysia, Serdang, semalam.
KUALA LUMPUR 19 Okt. – Iltizam untuk menjadi idola kepada lima anaknya membakar semangat seorang pemandu teksi, Ishak Ismail, 56, untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah sarjana.
Hari ini, impiannya itu menjadi kenyataan apabila beliau menerima ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-32 di sini.
Semangat Ishak untuk menimba ilmu terus menyala dan selama 13 tahun memandu teksi di sekitar Shah Alam, beliau sentiasa berfikir untuk mengisi setiap masa terluang dengan perkara yang berfaedah.
‘‘Saya sedar peringkat usia saya agak tua berbanding mahasiswa lain tetapi berbekalkan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), saya nekad sambung belajar peringkat ijazah pada tahun 2002,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu di sini hari ini.
Sebaik sahaja menamatkan pengajian ijazah dalam bidang komunikasi dua tahun lepas, datuk kepada tiga orang cucu ini meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Komunikasi Korporat.
Kejayaan hari ini, katanya, adalah berkat doa dan sokongan moral yang diberikan oleh isteri dan keluarga.
Justeru, jelasnya, pengorbanan keluarganya itu tidak akan dipersia-siakan kerana selepas ini,
beliau tidak lagi akan menjadi pemandu teksi.
‘‘Cukuplah selama 13 tahun saya jadi pemandu teksi. Saya mahu mengubah kehidupan kami sekeluarga.
‘‘Cuma kenangan manis sepanjang menjadi pemandu teksi tidak akan dilupakan kerana sewaktu menunggu penumpang, itulah masanya saya mentelaah,’’ katanya yang belajar selama dua jam setiap hari.
Beliau berkata, tiga daripada lima orang anaknya kini berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Menurutnya, berbekalkan ijazah sarjana yang ada di tangannya itu, beliau bersedia untuk menjadi pensyarah sambilan jika ditawarkan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi.
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya.
Kenapa Kelapa Muda?
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.
Tepuk dada, iman pengantaranya.
HARGAILAH ORANG MUDA!
Monday, October 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel - Artikel..
-
▼
2008
(121)
-
▼
October
(29)
- PROJEK IBS RM9.2 BILLION LULUS
- KEMENTERIAN ANJUR KARNIVAL PEKERJAAN TANGANI MASAL...
- GIATMARA MAMPU KURANGKAN PEKERJA ASING
- PERANAN IBU BAPA DALAM MENENTUKAN CITA-CITA PELAJAR
- PELAJAR PEREMPUAN TENDANG GURU DISINGKIR
- KERAJAAN DISYOR WUJUDKAN PELAN PEKERJAAN NASIONAL
- ISKANDAR MALAYSIA BANYAK PELUANG PEKERJAAN
- HADIAH DEEPAVALI TAK JADI KENYATAAN, MALAYSIA GAGA...
- MALAYSIA ANJUR PERTANDINGAN KEMAHIRAN ASEAN
- KERAJAAN TANGGUNG KOS RM50,000 SEHARI BIAYA 2,000 ...
- PENDIDIKAN GENERASI MUDA PERLU RELEVAN IKUT SEMASA
- PELAJAR SMT BERPELUANG LANJUT PELAJARAN DI KOLEJ M...
- 1.2 JUTA PEKERJA ASING DIKURANG PADA 2010
- ISU PENDATANG ASING, BILA HENDAK SELESAI?
- 1 SETIAP 5 PEKERJA WARGA ASING
- HADIAH BUAT ARWAH ISTERI GRADUAN BERUSIA 53 TAHUN ...
- JUMLAH PENGIRIMAN WANG OLEH PEKERJA ASING ADALAH R...
- AMBIL PELUANG KERJA DI SEKTOR BINAAN
- MODAL INSAN BERKEMAHIRAN DIPERTINGKAT
- BAKTI ORANG MUDA
- FILEM BOLLYWOOD PILIH TERENGGANU
- PEMANDU TEKSI TERIMA SARJANA
- SEDIAKAN PELAJAR UNTUK HADAPI CABARAN DUNIA PEKERJAAN
- MCAC GANTI TUGAS BPR TAHUN DEPAN
- MOTOSIKAL: UTM RAIH TIGA HADIAH
- 472,060 CALON BAKAL DUDUKI PMR
- PELAJAR LEMBAB DIBERI KEMAHIRAN
- TERTEKAN HARGA BAHAN BINAAN
- KAJIAN CARI PUNCA RAKYAT TEMPATAN TIDAK MINAT KERJ...
-
▼
October
(29)
2 comments:
Begitulah kalau semangat kuat, keinginan membara. Apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Orang muda harus mengambil ini sebagai dorongan.
hohoho.. terharu dengar citer ni.. aku ngah elajar kat upm sekarang ni.. moga2.. aku ade semangat macam pak cik ni..hehehehe
Post a Comment