Kenapa Kelapa Muda?

Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.

Tepuk dada, iman pengantaranya.

HARGAILAH ORANG MUDA!



Friday, October 10, 2008

MOTOSIKAL: UTM RAIH TIGA HADIAH

UTUSAN MALAYSIA
10 Oktober 2008
Oleh Haniza Hassan

JOHOR BAHRU 9 Okt. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meraih tiga hadiah utama menerusi sebuah motosikal ciptaannya yang menggunakan hidrogen dalam Pertandingan Cabaran Solar di Afrika Selatan yang berlangsung mulai 26 September lalu hingga semalam.
Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Zaini Ujang (gambar) berkata, motosikal yang dinamakan H2 Motive berharga RM1 juta itu memenangi tempat pertama kategori Armada Hijau, Mendaki Gunung dan Anugerah Khas pada pertandingan itu.

Katanya, motosikal yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar itu menunjukkan prestasi dan kemampuan yang mengagumkan sepanjang pertandingan tersebut.

"Konsep pembinaannya adalah mesra alam kerana tidak menggunakan minyak pelincir, tidak mengeluarkan asap dan bunyi selain bertindak sebagai penjana tenaga untuk bekalan elektrik.
"Jentera yang mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan itu dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Perniagaan Teknologi Termaju (BATC)," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Pertandingan tersebut disertai penyelidik dari pelbagai institusi antarabangsa di seluruh dunia bagi mengetengahkan penemuan saintifik terbaru mereka.

Zaini berkata, kejayaan tersebut sekali gus membuktikan kemampuan para penyelidik UTM adalah setanding dengan penyelidik dari negara maju. Menurutnya, motosikal itu mampu bergerak sehingga 110 kilometer sejam (kmj) dan boleh mencapai jarak 500 km bagi setiap gelen hidrogen.

Katanya, enjin motosikal itu juga berfungsi sebagai generator dan boleh dihidupkan untuk menjana tenaga elektrik sekiranya bekalan elektrik di rumah terputus.

"Dalam pertandingan itu, motosikal berkenaan menempuh perjalanan sejauh 4,175 kilometer bermula di Pretoria melalui Cape Town dan Durban sebelum berpatah balik ke tempat permulaan," katanya.

Majlis penyampaian hadiah itu turut dihadiri Duta Malaysia ke Afrika, Datuk Yahaya Abdul Jabar.

No comments:

Artikel - Artikel..