BERITA HARIAN
27 Oktober 2008
Hadiah Deepavali tak jadi kenyataan, Malaysia gagal pertahan gelaran UJIAN getir sulung dijelmakan Vietnam menenggelamkan skuad negara yang dipaksa akur kecundang menerusi penentuan sepakan penalti untuk meleraikan rangkulan gelaran Pestabola Merdeka di Stadium Nasional, malam tadi. Selepas mudah melepasi halangan satu persatu - daripada peringkat kumpulan hingga ke separuh akhir - kesebelasan negara langsung tidak menjumpai kunci buat meruntuhkan tembok lawan sepanjang 120 minit yang berakhir tanpa jaringan sebelum ditumpaskan 5-6 menerusi penentuan penalti sudden death itu.
Di awal saingan, gawang Vietnam sudahpun bergegar selepas hanya enam minit apabila Indraputra Mahayuddin meluru untuk merembat deras ke sasaran umpanan lolos Shukor Adan. Sayangnya, Indra dipersalahkan kerana ofsaid untuk Vietnam bernafas lega. Selepas itu, majoriti aksi 45 minit awal menyaksikan skuad negara mendominasi asakan, tetapi sentuhan penyudah dicari tidak menjelma, ketika Safee Sali, Indra dan rakan lainnya dipaksa menggigit jari.
Antara peluang menarik negara termasuklah tandukan Shukor pada minit ke-27 yang sempat didakap penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong serta cubaan sama Safee daripada umpanan Indra seminit kemudiannya, sipi daripada sasaran.
Safee kemudiannya beroleh dua lagi peluang menarik, pada minit ke-33 dan ke-44, tetapi kedua-duanya dihampakan barisan benteng lawan yang berhempas pulas untuk memastikan kedudukan kekal terikat tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan suasana saingan lebih agresif, ketika Vietnam memilih untuk kental menyerap segala asakan dan lebih bergantung kepada kepantasan Phan Thanh Binh untuk mengancam menerusi gerak serang balas pantas yang sesekali menggamamkan benteng negara. Namun gol dinanti tetap tidak menjelma untuk pencarian diteruskan ke masa tambahan yang juga berakhir tanpa pemecah kebuntuan ketika Vietnam lebih mencipta gelisah skuad negara dengan beberapa gerak yang menjelmakan rasa bimbang.
Penentuan sepakan penalti bermula dengan semua lima pemain negara - Indra, Safee, Aidil Zafuan Radzak, Ashaari Samsuddin dan Daudsu Jamaluddin menyempurnakan sepakan ketika lima pemain Vietnam juga tidak menghampakan.
Namun rembatan deras Norhafiz Zamani Misbah pada permulaan penalti sudden death ditampan Tan Truong untuk pemain gantian, Mai Tien Thanh mudah memperdaya Helmi Eliza Elias buat mencipta gegak gempita sorakan lebih 5,000 penyokong Vietnam.
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya.
Kenapa Kelapa Muda?
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.
Tepuk dada, iman pengantaranya.
HARGAILAH ORANG MUDA!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel - Artikel..
-
▼
2008
(121)
-
▼
October
(29)
- PROJEK IBS RM9.2 BILLION LULUS
- KEMENTERIAN ANJUR KARNIVAL PEKERJAAN TANGANI MASAL...
- GIATMARA MAMPU KURANGKAN PEKERJA ASING
- PERANAN IBU BAPA DALAM MENENTUKAN CITA-CITA PELAJAR
- PELAJAR PEREMPUAN TENDANG GURU DISINGKIR
- KERAJAAN DISYOR WUJUDKAN PELAN PEKERJAAN NASIONAL
- ISKANDAR MALAYSIA BANYAK PELUANG PEKERJAAN
- HADIAH DEEPAVALI TAK JADI KENYATAAN, MALAYSIA GAGA...
- MALAYSIA ANJUR PERTANDINGAN KEMAHIRAN ASEAN
- KERAJAAN TANGGUNG KOS RM50,000 SEHARI BIAYA 2,000 ...
- PENDIDIKAN GENERASI MUDA PERLU RELEVAN IKUT SEMASA
- PELAJAR SMT BERPELUANG LANJUT PELAJARAN DI KOLEJ M...
- 1.2 JUTA PEKERJA ASING DIKURANG PADA 2010
- ISU PENDATANG ASING, BILA HENDAK SELESAI?
- 1 SETIAP 5 PEKERJA WARGA ASING
- HADIAH BUAT ARWAH ISTERI GRADUAN BERUSIA 53 TAHUN ...
- JUMLAH PENGIRIMAN WANG OLEH PEKERJA ASING ADALAH R...
- AMBIL PELUANG KERJA DI SEKTOR BINAAN
- MODAL INSAN BERKEMAHIRAN DIPERTINGKAT
- BAKTI ORANG MUDA
- FILEM BOLLYWOOD PILIH TERENGGANU
- PEMANDU TEKSI TERIMA SARJANA
- SEDIAKAN PELAJAR UNTUK HADAPI CABARAN DUNIA PEKERJAAN
- MCAC GANTI TUGAS BPR TAHUN DEPAN
- MOTOSIKAL: UTM RAIH TIGA HADIAH
- 472,060 CALON BAKAL DUDUKI PMR
- PELAJAR LEMBAB DIBERI KEMAHIRAN
- TERTEKAN HARGA BAHAN BINAAN
- KAJIAN CARI PUNCA RAKYAT TEMPATAN TIDAK MINAT KERJ...
-
▼
October
(29)
No comments:
Post a Comment