BERITA HARIAN
9 Oktober 2008
Oleh Matzidi Dris mzidi@bharian.com.my
Latihan awal boleh bantu dapat kerja sesuai elak kemasukan tenaga dari luar KUCHING: Jawatankuasa Bersama Kesatuan Guru-Guru Sabah-Sarawak (JBKGSS) mahu supaya semua pelajar yang lembap dalam akademik di negara ini diberi latihan vokasional atau teknikal mulai Tingkatan Satu, untuk membolehkan mereka menguasai kedua-dua bidang kemahiran itu selepas tamat Tingkatan Lima.
Pengerusinya, William Ghani Bina, berkata dengan memiliki kemahiran vokasional atau teknikal, bidang yang diperlukan negara termasuk negeri ini menjelang Wawasan 2020, peluang untuk mereka mendapatkan pekerjaan dengan sektor swasta akan lebih cerah berbanding sekarang dikuasai warga asing.
Beliau berkata, pada masa ini hampir semua peluang pekerjaan dalam kedua-dua bidang itu diisi oleh tenaga kerja dari luar negara. Katanya, jika semua pelajar yang dikenal pasti lembap dalam akademik diberi latihan dalam kedua-dua bidang berkenaan dari awal, pasti pengaliran wang ke luar negara ekoran pengambilan tenaga kerja mahir asing dapat dikurang dan dihentikan.
"Mereka yang cemerlang dalam vokasional atau teknikal di Tingkatan Lima perlu digalak meneruskan pengajian dan latihan masing-masing termasuk ke seberang laut. "Cadangan itu sudah saya kemukakan kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, dalam dua pertemuan baru-baru ini," katanya kepada Berita Harian. Beliau yang juga Naib Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan (Pendidikan), berkata cadangan itu diharap dapat mengurangkan jumlah pengangguran di kalangan lepasan sekolah selepas ini. Katanya, bagi pelajar yang berminat dalam bidang jahitan dan andaman mereka boleh mengikuti latihan itu dari Tingkatan Satu bukan selepas menamatkan Tingkatan lima.
"Mereka yang sudah mempunyai kemahiran menjahit dan andaman contohnya pasti akan mendapatkan pulangan sama ada dengan bekerja dengan pihak berkaitan atau membuka kedai sendiri. "Apa yang berlaku pada masa ini, pelajar lembab semakin terpinggir kerana terus mengikuti kelas akademik biasa sedangkan ia sesuatu yang bukan saja membazirkan masa dan wang, malah tenaga," katanya.
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya.
Kenapa Kelapa Muda?
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.
Tepuk dada, iman pengantaranya.
HARGAILAH ORANG MUDA!
Thursday, October 09, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel - Artikel..
-
▼
2008
(121)
-
▼
October
(29)
- PROJEK IBS RM9.2 BILLION LULUS
- KEMENTERIAN ANJUR KARNIVAL PEKERJAAN TANGANI MASAL...
- GIATMARA MAMPU KURANGKAN PEKERJA ASING
- PERANAN IBU BAPA DALAM MENENTUKAN CITA-CITA PELAJAR
- PELAJAR PEREMPUAN TENDANG GURU DISINGKIR
- KERAJAAN DISYOR WUJUDKAN PELAN PEKERJAAN NASIONAL
- ISKANDAR MALAYSIA BANYAK PELUANG PEKERJAAN
- HADIAH DEEPAVALI TAK JADI KENYATAAN, MALAYSIA GAGA...
- MALAYSIA ANJUR PERTANDINGAN KEMAHIRAN ASEAN
- KERAJAAN TANGGUNG KOS RM50,000 SEHARI BIAYA 2,000 ...
- PENDIDIKAN GENERASI MUDA PERLU RELEVAN IKUT SEMASA
- PELAJAR SMT BERPELUANG LANJUT PELAJARAN DI KOLEJ M...
- 1.2 JUTA PEKERJA ASING DIKURANG PADA 2010
- ISU PENDATANG ASING, BILA HENDAK SELESAI?
- 1 SETIAP 5 PEKERJA WARGA ASING
- HADIAH BUAT ARWAH ISTERI GRADUAN BERUSIA 53 TAHUN ...
- JUMLAH PENGIRIMAN WANG OLEH PEKERJA ASING ADALAH R...
- AMBIL PELUANG KERJA DI SEKTOR BINAAN
- MODAL INSAN BERKEMAHIRAN DIPERTINGKAT
- BAKTI ORANG MUDA
- FILEM BOLLYWOOD PILIH TERENGGANU
- PEMANDU TEKSI TERIMA SARJANA
- SEDIAKAN PELAJAR UNTUK HADAPI CABARAN DUNIA PEKERJAAN
- MCAC GANTI TUGAS BPR TAHUN DEPAN
- MOTOSIKAL: UTM RAIH TIGA HADIAH
- 472,060 CALON BAKAL DUDUKI PMR
- PELAJAR LEMBAB DIBERI KEMAHIRAN
- TERTEKAN HARGA BAHAN BINAAN
- KAJIAN CARI PUNCA RAKYAT TEMPATAN TIDAK MINAT KERJ...
-
▼
October
(29)
4 comments:
Sepatutnya dari dulu sudah dilaksanakan. Banyak masa telah terbuang begitu sahaja. Pelajar lembab dipaksa utk mengikuti sukatan pelajaran yg mana tidak mampu utk dicapai oleh mereka.
betul tu puan arryani. Kesian mereka ni. tidak banyak yang kesahkan mereka. Sekolah2 lebih fokus kepada yang baik akademik sahaja.
Terus terang cakap lah, kalau masa koko pun ramai yg terlibat ialah pelajar2 berjaya. Pelajar2 yg kurang ni mana dapat perhatian. Saya sebenarnya lebih suka kalau negara kita ada sekolah untuk mencipta kreativiti pelajar di samping tidak menidakkan keperluan akademik mengikut kebolehan masing2. Cuba bayangkan ada pelajar yg mampu mencipta motor ke, mesin ke, atau apa sahaja berdasarkan ke kebolehan yg telah di asah dan digilap sejak di peringkat awal. Tapi saya juga memahami sekolah2 tersebut memakan perbelanjaan yg amat besar. Kita boleh mencuba dengan beberapa sekolah sahaja buat permulaan. (Ini hanya sekadar cadangan dan pandangan)Tapi mungkin kementerian lebih arif tentang apa yg diperlukan utk memupuk sebuah institusi pendidikan.
Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Hubungi kami hari ini .. Jude GERAD SR Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Post a Comment