Kenapa Kelapa Muda?

Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.

Tepuk dada, iman pengantaranya.

HARGAILAH ORANG MUDA!



Wednesday, October 08, 2008

TERTEKAN HARGA BAHAN BINAAN

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

UTUSAN MALAYSIA

8 Oktober 2008


SEREMBAN 7 Okt. – Kira-kira 7,000 kontraktor Melayu yang terbabit dengan projek-projek rakyat di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kini menderita ekoran tiada tindakan sewajarnya untuk membantu meringankan beban mereka.
Ahli Majlis Eksekutif Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Razak Yaacob berkata, kenaikan harga bahan binaan tidak terkawal dan melampau sejak lebih empat bulan lalu gagal ditangani dengan berkesan walaupun isu tersebut diberi perhatian serius oleh kerajaan sebelum ini.
Menurut beliau, daripada keseluruhan kontraktor terlibat, pihaknya menjangkakan 50 peratus daripadanya terpaksa menghentikan projek pada bila-bila masa kerana kehabisan sumber kewangan.
‘‘Keadaan diburukkan lagi apabila bayaran yang sepatutnya mereka terima selepas menyiapkan projek pembinaan (peringkat demi peringkat) terlalu lambat dibayar hingga ada yang tertangguh lebih tiga bulan.
‘‘Saya tidak mampu untuk gambarkan keadaan mereka ketika ini. Bagi saya nasib dan masa depan kontraktor Melayu kita amat gelap kerana kebanyakan mereka kehabisan wang untuk meneruskan projek,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada Jun lalu, akhbar ini melaporkan keluhan kontraktor di seluruh negara yang memerlukan bantuan segera bagi menangani masalah yang disifatkan sebagai amat kritikal itu.
Ia berpunca daripada kenaikan harga bahan binaan yang mendadak dan tidak terkawal sejak awal tahun ini hingga menyebabkan kos pembinaan meningkat berkali ganda.
Antara bahan binaan terlibat ialah simen yang naik 60 peratus, besi (60 peratus), kayu (15 peratus), sewa jentera (40 peratus), batu (50 peratus) dan konkrit (30 peratus).
Abdul Razak yang juga Timbalan Presiden DPMM Terengganu berkata, sekiranya kerajaan tidak berusaha untuk menangani masalah itu sebahagian besar projek rakyat di bawah RMK-9 akan terbengkalai.
‘‘Jika ini yang berlaku ia merupakan berita buruk bagi kontraktor-kontraktor Melayu kita. Kenyataan saya ini adalah berdasarkan fakta yang benar-benar berlaku,” katanya.
Mengenai langkah menilai semula projek seperti diputuskan oleh Perbendaharaan dalam satu pekeliling sebelum ini, Abdul Razak mendakwa ia tidak dilaksanakan.

1 comment:

Unknown said...

Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Hubungi kami hari ini .. Jude GERAD SR Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

Artikel - Artikel..