Kenapa Kelapa Muda?

Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.

Tepuk dada, iman pengantaranya.

HARGAILAH ORANG MUDA!



Friday, October 10, 2008

MCAC GANTI TUGAS BPR TAHUN DEPAN

BERITA HARIAN
10 Oktober 2008
Oleh Abdul Razak Raaff bhnews@bharian.com.my

Penstrukturan suruhanjaya bebas ikut jadual PUTRAJAYA: Suruhanjaya Antirasuah Malaysia (MCAC) bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) memulakan tugas dan tanggungjawab menangani rasuah mulai awal tahun depan. Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed (gambar), berkata proses penstrukturan semula berjalan lancar dan beberapa perkara berkaitan termasuk pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 sudah memasuki fasa terakhir sejajar perancangan kerajaan.

"Semua berjalan lancar mengikut jadual dan perkembangannya perlu dipuji. InsyaAllah suruhanjaya mengambil alih tugas dan tanggungjawab BPR awal tahun depan, malah kita sedia menerima pindaan Akta Pencegahan Rasuah dan perkara lain," katanya, semalam. Beliau mengulas perkembangan terkini penubuhan suruhanjaya bebas itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi April lalu bagi menggantikan BPR. Ia adalah satu daripada empat inisiatif pembaharuan kerajaan bagi menangani keresahan orang ramai berhubung rasuah.

Elemen utama suruhanjaya itu ialah pengwujudan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang bebas dan dianggotai pakar serta ahli masyarakat yang dilantik Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Ahli lembaga itu akan menasihati suruhanjaya berkenaan mengenai hal pentadbiran dan operasi, manakala sebuah Jawatankuasa Parlimen mengenai Pencegahan Rasuah akan diwujudkan bagi meneliti laporan suruhanjaya itu.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dijangka dilantik Ketua Komisioner suruhanjaya itu sebaik beroperasi. Mengulas lanjut, Abu Kassim berkata beliau baru pulang daripada lawatan ke Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong untuk menimba pengalaman serta kepakaran mengenai pelbagai perkara berkaitan penubuhan suruhanjaya itu.

Katanya, ICAC Hong Kong yang menjadi model MCAC, ditubuhkan pada 1974 apabila pulau itu menentang rasuah oleh sindiket tertentu.

1 comment:

Unknown said...

Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada

kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel:

xavigeradloanfirm@yahoo.com
Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik.

Hubungi kami hari ini .. Jude GERAD SR Pelaburan plc: Jawapan hendaklah

dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

Artikel - Artikel..