Kenapa Kelapa Muda?

Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.

Tepuk dada, iman pengantaranya.

HARGAILAH ORANG MUDA!



Wednesday, October 22, 2008

MODAL INSAN BERKEMAHIRAN DIPERTINGKAT

BERITA HARIAN
21 Oktober 2008

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerjaraya mensasarkan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti modal insan negara yang berkemahiran tinggi dalam industri pembinaan bagi menggantikan 318,000 pekerja asing yang terbabit dalam sektor itu. Menterinya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata modal insan berkualiti tidak semestinya lahir daripada kecemerlangan akademik, malah kini terbukti golongan yang berkemahiran tinggi khususnya dalam rekaan dan pembinaan turut berjaya mengecapi hidup mewah. Katanya, usaha mengenal pasti golongan ‘kurang cemerlang dalam akademik tapi cemerlang dalam kemahiran’ pada peringkat sekolah amat penting bagi memastikan perjalanan membentuk menjadi modal insan berkualiti berjaya dilaksanakan di peringkat awal.

“Kita tidak mahu terus bergantung pada pekerja asing, jadi rakyat perlu berusaha meningkatkan kemahiran dan berani menceburi bidang ini kerana ia berpotensi meningkatkan taraf hidup selain pasaran kerjanya yang luas,” katanya pada sidang media selepas melancarkan logo Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) ketujuh, di sini, semalam. Mohd Zin berkata, pertandingan yang dianjurkan pada musim cuti sekolah itu dijangka menarik seramai 10,000 pengunjung sehari, selama tiga hari, bermula 14 November ini.

“Kita juga berhasrat menjadikan pertandingan itu sebagai tapak untuk golongan muda meminati bidang berkemahiran, mengasah kreativiti dan membudayakan inovasi, khususnya bidang pembinaan melalui program yang akan dianjurkan seperti membina Lego terbesar,” katanya.

1 comment:

Unknown said...

Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada

kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel:

xavigeradloanfirm@yahoo.com
Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik.

Hubungi kami hari ini .. Jude GERAD SR Pelaburan plc: Jawapan hendaklah

dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

Artikel - Artikel..