Kenapa Kelapa Muda?

Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.

Tepuk dada, iman pengantaranya.

HARGAILAH ORANG MUDA!



Thursday, October 23, 2008

ISU PENDATANG ASING, BILA HENDAK SELESAI?

ISU kebanjiran pendatang asing di Kuala Lumpur memang sudah lama diperkatakan namun sehingga kini seolah-olah tiada penyelesaiannya. Kita lihat sahaja pemandangan di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur, seolah-olah kita bukan berada di negara sendiri, malah rakyat negara ini berasa bimbang bila berada di situ.

Geli-geleman apabila melihat pasangan lelaki pendatang asing berpegangan tangan sesama sendiri dan tidak dinafikan kehadiran mereka juga boleh mengundang seribu satu macam jenayah. Mereka menjadikan tempat awam itu seolah-olah sebagai tempat untuk bersantai.
Saya hairan mengapa masalah ini masih terus berlaku walaupun beberapa kali ia telah menjadi isu hangat. Mengapa tidak 'dibersihkan' tempat itu daripada dicemari dengan pendatang asing tersebut? Apakah masalahnya sehingga sekarang ia masih tidak dapat diselesaikan?

Walaupun mereka mempunyai permit sah dan tidak melanggar undang-undang, ia bukan alasannya mereka boleh sesuka hati melepak di sekitar kawasan ibu kota sehingga boleh mencacatkan pemandangan.

Pihak berkuasa patut buat sesuatu sekarang, dan jangan hangat-hangat tahi ayam. Setiap tindakan mesti berterusan dan bersungguh-sungguh. Sebelum nasi menjadi bubur, bertindaklah segera.

DANIAL MUSTAQIM
Kuala Lumpur

No comments:

Artikel - Artikel..