Kenapa Kelapa Muda?

Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.

Tepuk dada, iman pengantaranya.

HARGAILAH ORANG MUDA!



Wednesday, October 22, 2008

JUMLAH PENGIRIMAN WANG OLEH PEKERJA ASING ADALAH RM9.1 BILLION SEHINGGA AKHR JUN 2008

UTUSAN MALAYSIA
22/10/2008 12:20pm

KUALA LUMPUR 22 Okt. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pekerja asing telah mengirim ke luar negara sejumlah RM9,124 juta sehingga akhir bulan Jun 2008.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka dianggarkan mengirim ke luar negara kira-kira RM18.1 bilion bagi tempoh keseluruhan tahun ini.

Sehingga 31 Julai, tahun ini, 2.1 juta orang pekerja asing di negara ini telah mengirim pulang purata RM720 setiap seorang sebulan, katanya ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd. Sadique (BN-Tenggara) yang bertanya mengenai tindakan kerajaan untuk membendung masalah pengaliran wang ke luar negara pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
“Kedudukan rizab negara yang kukuh bagaimana pun dapat menampung jumlah kiriman wang ini yang hanya merupakan 4.7 peratus daripada jumlah rizab semasa,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan sentiasa memantau aliran wang ke luar negara oleh pekerja asing melalui institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan pengiriman wang.
Di samping itu, katanya, kerajaan juga akan melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini di antaranya memperkenalkan Sistem Berasaskan Industri (IBS) dalam sektor pembinaan.

Menurutnya, kerajaan telah menetapkan sasaran pengurangan jumlah pekerja asing seramai 400,000 orang setahun mulai tahun 2008 hingga 2010 dengan tumpuan diberikan kepada sektor perladangan dan pembuatan.

Najib juga berkata, kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan levi atau cukai ke atas kiriman wang pekerja asing ini kerana sumbangan tenaga mereka turut memangkinkan perkembangan aktiviti ekonomi negara melalui penglibatan mereka terutamanya dalam sektor perladangan dan pembuatan.

Setiap kenaikan satu peratus jumlah pekerja asing, katanya akan meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar 0.19 peratus. - Bernama

1 comment:

Zakaria MY said...

Ya Rabbi!!!!
banyaknya!

Artikel - Artikel..