BERITA HARIAN, 23 Februari 2010
SAYA merujuk surat ‘RM100j bantu belia timba ilmu’ yang disiarkan 16 Februari lalu. Belia golongan yang perlu mempunyai kekuatan ilmu dan menguasai kemahiran sebagai benteng menangkis dugaan dalam dunia serba mencabar ini. Tiada siapa dapat menafikan pentingnya peranan belia dalam pembangunan negara kerana jumlah mereka yang ramai, menjadi modal insan serta aset penting kepada pertumbuhan dan pembangunan negara. Kegagalan negara melahirkan belia produktif mengganggu penjanaan modal insan dan pembangunan negara yang sihat. Kerajaan perlu terus melaksanakan program yang memperkasa dan melengkapkan belia dengan ilmu, kemahiran dan nilai murni supaya mereka dapat menyumbang secara berkesan kepada kesejahteraan negara serta masyarakat.
Justeru, usaha kerajaan menyediakan peruntukan RM100 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini untuk disalurkan sebagai pinjaman kepada pelatih di pusat latihan bertauliah seluruh negara perlu disambut baik oleh belia. Peluang meningkatkan kemahiran dan ilmu perlu sentiasa wujud dalam diri belia. Mereka perlu merebut peluang yang diberikan untuk memajukan diri.
Peruntukan itu digunakan untuk menampung kos melahirkan kira-kira 15,000 tenaga mahir terutama golongan muda. Diharap peruntukan PTPK dapat menambah belia berpengetahuan dan berkemahiran. Ia juga mengajar belia bertanggungjawab, berdisiplin dan dinamik. Paling penting ialah belia dapat menyesuaikan diri dan berdikari bagi pembangun negara.
Pencapaian akademik individu berbeza mengikut kemampuan. Pemilihan kerjaya juga banyak bergantung kepada minat, pencapaian akademik dan keupayaan seseorang. Belia yang tidak dapat melanjutkan pelajaran masih boleh memilih bidang kemahiran yang menjanjikan masa depan cemerlang. Bagi yang memperoleh pinjaman perlu membayar kembali selepas tamat latihan dan mendapat pekerjaan. Kegagalan berbuat demikian menyekat peluang belia yang berminat mengikuti program ini. Belia yang berjaya mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.
PROF MADYA DR SAPORA SIPON,
Universiti Sains Islam Malaysia.
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya.
Kenapa Kelapa Muda?
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.
Tepuk dada, iman pengantaranya.
HARGAILAH ORANG MUDA!
Tuesday, February 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel - Artikel..
-
▼
2010
(68)
-
▼
February
(28)
- SURAT: BELIA PATUT MANFAAT BANTUAN RM100 JUTA MAJU...
- MAKMAL KHAS KAJI URUSAN AMBIL BURUH ASING DITUBUH
- MAKMAL KHAS KAJI URUSAN AMBIL BURUH ASING DITUBUH
- CADANGAN TINGKATKAN TAHAP LATIHAN SKM SEDANG DIKAJI
- RM132.2 MAJUKAN SIMUNJAN
- SPA: HATI-HATI AMBIL PEKERJA ASING
- BANTERAS PEKERJA ASING BERNIAGA
- RM3.4 BILLION UNTUK SARAWAK
- MAKMAL URUS PEKERJA ASING DITUBUH
- UNDANG-UNDANG TEGAS ELAK LAMBAKAN WARGA ASING
- MINDA PENGARANG: PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN GRAD...
- TIGA BERADIK LUPAKAN SEKOLAH BANTU KELUARGA
- JUAL KEROPOK RM5,000 SEHARI
- PENJUAL DAGING DISELAMATKAN PRESIDEN PAS
- PUNCA KEBANJIRAN WARGA ASING
- 'BUKAN LAMBAKAN, MEREKA PEKERJA SAH'
- NEGARA TERLALU BERGANTUNG KEPADA PEKERJA ASING
- PTPK SEDIA DANA BANTU PELAJAR TERCICIR JADI PEKERJ...
- MARA PERKETAT SYARAT PINJAMAN - Wajibkan Peniaga N...
- PENDATANG ASING MULA SERAH DIRI
- RM100 JUTA BANTU BELIA TIMBA ILMU
- 'PROJEK SAKIT' DISIAPKAN SEGERA
- KONTRAKTOR PESARA ASKAR DITAWAR PROJEK KEM TENTERA
- SISTEM SEMAKAN STATUS WARGA ASING DITINGKAT
- PRESMA TAWAR 25,000 JAWATAN KOSONG KEPADA RAKYAT T...
- RAKYAT TEMPATAN MAMPU ISI KEKOSONGAN KERJA DI REST...
- RM15 BILLION DIPERUNTUK BANTU USAHAWAN
- JUMLAH PEKERJA ASING BERDAFTAR MENURUN
-
▼
February
(28)
2 comments:
Prof, hari ini baru meeting bersama staf and management Personnel Binaan CIDB. Setuju untuk lantik 2 org rep. CIDB dalam research kita. Mudah untuk dapatkan data. Mungkin ada penembahan skop (tambahan geran dari Bahagian Personel Binaan).Kajian bilangan sebenar pekerja asing di Malaysia.Doa-doakan lah.
Mudah-mudahan kajian akan membantu untuk menentukan hala tuju kepada semua institusi latihan kemahiran (ILK) dalam menentukan berapakah bilangan sebenar yang mesti dilahirkan oleh setiap ILK bagi memenuhi keperluan negara seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Jika perlu saya sudi untuk turut serta dalam kajian tersebut.
Post a Comment