SURAT, BERITA HARIAN, 10 Mei 2010
MERUJUK pandangan pensyarah Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina UTM, Skudai, Prof Madya Zakaria Mohd Yusof dalam Berita Harian 12 April lalu, 'Latihan Vokasional, Teknikal Memerlukan Perancangan Awal'. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) merangka beberapa strategi untuk memperkasakan pendidikan itu bagi pelajar di Tingkatan Empat dan Lima di Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV).
Kementerian Pelajaran melalui BPTV sudah membina SMT dan SMV bagi menampung keperluan semasa, menjurus kepada penerokaan minat pelajar dalam bidang kemahiran, vokasional dan teknikal.
Kini, 88 SMT/SMV di seluruh negara yang boleh menampung 67,000 pelajar. Infrastruktur dibina itu juga dilengkapi bengkel dan peralatan khusus untuk semua bidang yang ditawarkan. Kemudahan itu memberi peluang kepada pelajar mengasah kecenderungan, membina kemahiran dan kerjaya. Sebanyak 19 kursus ditawarkan di 26 SMV seluruh negara.
Kurikulum bagi 19 kursus kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam Kementerian Sumber Manusia. Selain menduduki SPM, pelajar diberi peluang menduduki peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1. Pelajar turut berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi latihan kemahiran yang menawarkan tahap kelulusan lebih tinggi iaitu Tahap 2, 3 dan 4 bagi memastikan prospek kerjaya mereka menjadi lebih mantap.
BPTV juga menyediakan panduan maklumat lengkap berkaitan kursus latihan kemahiran ditawarkan di semua agensi latihan berkaitan. Maklumat itu membantu pelajar memahami hala tuju kerjaya dengan lebih jelas bermula daripada Tahap 1 di Tingkatan 4 di SMV dan seterusnya kemahiran yang lebih tinggi di agensi serta institusi latihan lain. Melalui maklumat terperinci, minat pelajar meneruskan latihan kemahiran ke peringkat lebih tinggi dan memilih aliran kemahiran sebagai kerjaya akan bertambah. Ia juga membantu guru serta guru kerjaya menjelaskan kepada pelajar berkaitan laluan dan prospek kerjaya mereka pada masa depan dalam bidang kemahiran.
BPTV juga bekerjasama dengan institusi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Majlis IT Kebangsaan (NITC), Malaysia Timber Council (MTC) dan beberapa agensi latihan kemahiran lain. BPTV juga menawarkan kursus aliran vokasional di SMV bagi pelajar yang mempunyai pencapaian baik dan sederhana.
Konsep hands-on itu diselaraskan dengan keperluan pendidikan teras. Pelajar Tingkatan 4 di SMV/SMT akan didedahkan dengan ilmu praktikal dan teori kursus vokasional. Pelajar akan menjadi aset kepada industri kerana ilmu yang diperoleh bukan sekadar teori tetapi juga praktikal.
Kini, 18 kursus aliran vokasional ditawarkan di 70 SMV seluruh negara dengan 22 kursus MPV (Mata Pelajaran Vokasional) pula ditawarkan di Sekolah Menengah Harian terpilih.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Pelajaran.
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya.
Kenapa Kelapa Muda?
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.
Tepuk dada, iman pengantaranya.
HARGAILAH ORANG MUDA!
2 comments:
Tuan,
Isu memperkasa bidang teknik dan vokasional telah disebut berulangkali oleh banyak pihak yang berkaitan, namun hakikatnya tinggal kenangan yang membebankan para guru yang terlibat. Sebagai contoh bila timbul isu disiplin di sekolah2 tertentu, maka kecoh pihak-pihak tertentu akan memastikan bahawa kemasukan pelajar ke sekolah teknik akan dipilih dari kalangan yang disahkan disiplinnya baik ...... tetapi yang jelasnya hingga kini yang terus memasuki sistem pendidikan vokasional dan teknik adalah terdiri sebahagiannya yang bukan sekadar bermasalah disekolah malah juga sangat bermasalah dirumah. Dengan pencapaian akademiknya yang terlalu rendah, pelajar berkenaan beranggapan bahawa belajar dalam aliran teknik/vokasional tidak perlu belajar bersungguh-sungguh kerana banyak bekerja(berpraktilkal). Tetapi pada hakikatnya untuk melakukan praktikal juga para pelajar harus mempunyai kekuatan ilmu matematik atau sains (termasuk juga berminat dengan kedua-duanya) jika tidak mereka tidak berupaya memahami teori dan praktikal ilmu vokasional berkenaan. Sebagai contoh, pelajar lemah matematik dari sudut pengiraan titik perpuluhan, akan mempelajari topik angkup vernier (vernier caliper), maka guru berkenaan perlu mengambil masa selama mungkin (sebab memang panjang sungguh masa untuk difahami pelajar) untuk memastikan pelajar tersebut boleh membaca dan mengira nombor bertitik perpuluhan dengan tepat supaya hasil kerja mereka berkualiti dari segi bentuk dan ukuran.
Malah sebahagian besar dari kursus yang ada di sekolah teknik/vokasional adalah berteknologi tinggi, maka ia memerlukan pelajar sekurang-kurangnya A untuk matematik atau sains buka seperti sedia ada iaitu sekurang-kurangnya C atau D, juga E yang diterima masuk hatta ke aliran kemahiran sekalipun. (Sebahagian pelajar kemahiran nak tulis nama pun kena tengok IC, macam mana nak jawab SPM agaknya). Jika perkara ini sebagai sebahagian dari isu memperkasa teknik/vokasional tidak berjaya diatasi, jangan kita bermimpi di siang hari untuk memperoleh tenaga kerja mahir lagi berkualiti.
-- Maaf semua jika ada terasa, ini hanya pendapat saja berdasarkan pengalaman pernah berada di sekolah teknik. Selamat hari guru.
Terima kasih saudara atas pandangan. Seperti biasa pihak berwajib sentiasa akan meunjukkan yang mereka telah melakukan banyak perkara. Walhal, yang banyak perkara itu tidak nampak keberkesanannya.
Post a Comment