BERITA HARIAN
30 Oktober 2008
KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan sebanyak 404 projek menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) bernilai RM9.2 bilion sehingga 14 Oktober lalu yang dijangka mengurangkan pergantungan negara kepada pekerja asing pada masa depan. Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, berkata sebanyak 121 lagi projek menggunakan sistem berkenaan atau dikenali juga sebagai sistem pembinaan pasang siap, akan ditender bagi 2009 dan 2010. Disamping itu, katanya lagi, kerajaan juga mengarahkan setiap agensi kerajaan yang melaksanakan projek pembangunan dan perumahan rakyat menggunakan sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan IBS.
“Kerajaan memutuskan pelaksanaan IBS akan dipergiatkan lagi selaras usaha mengurangkan pergantungan kepada sumber tenaga kerja asing kurang mahir. “Ini peluang besar dan seharusnya direbut untuk manfaat industri pembinaan tempatan,” katanya pada sidang media selepas sesi perjumpaan dengan kontraktor mengenai kadar perubahan harga (VOP), di sini, semalam. Beliau berharap dengan pelaksanaan pelan induk IBS, usaha untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing kepada hanya 250,000 orang menjelang 2015 dapat dijayakan.
“Kita menggesa sektor pembinaan swasta menggunakan kaedah sama kerana ia terbukti di negara maju dapat mengurangkan jumlah pekerja asing, selain menjamin kualiti pembinaan dan menggalakkan penggunaan tenaga mahir tempatan,” katanya. Beliau berkata, bagi membantu semua pihak melaksanakan IBS, sebuah sekretariat Kebangsaan ditubuhkan dalam kementeriannya untuk menyelaras, memantau dan membantu semua pihak termasuk swasta dalam melaksanakan sistem itu. Mohd Zin berkata, selain kaedah IBS, kerajaan memperuntukkan RM100 juta kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk menghasilkan 100,000 tenaga mahir tempatan dalam sektor itu tahun depan.
“Kita mempunyai kira-kira 320,000 tenaga buruh asing yang sah dan sekiranya mereka ini digantikan dengan tenaga tempatan, pasti aliran keluar wang oleh pekerja asing ini dapat dikurangkan,” katanya.
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya.
Kenapa Kelapa Muda?
Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya.
Tepuk dada, iman pengantaranya.
HARGAILAH ORANG MUDA!
Thursday, October 30, 2008
KEMENTERIAN ANJUR KARNIVAL PEKERJAAN TANGANI MASALAH PENGANGGURAN
BERITA HARIAN
30 Oktober 2008
Oleh Basir Zahrombasir@bharian.com
MULAI tahun depan, Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama universiti, agensi kerajaan dan swasta akan menganjurkan Karnival Pekerjaan dan Keusahawanan Kebangsaan bagi memberi peluang pelajar tahun akhir dan graduan menganggur mendapatkan pekerjaan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, berkata karnival itu penting bagi menangani masalah pengangguran yang juga menjadi salah satu agenda kritikal pelan strategik pengajian tinggi. Katanya, karnival pekerjaan perlu diberi penekanan kerana soal kebolehpasaran graduan jika tidak tidak diuruskan dengan betul akan menyebabkan peningkatan pengangguran.
“Sama ada berjaya atau tidak program yang akan dianjurkan ini, ia bergantung kepada kesediaan pihak industri, kerana karnival hanya diadakan sekali sekali saja, cara yang lebih berkesan pihak industri memberi kerjasama dengan menawarkan latihan praktikal untuk pelajar tahun akhir,” katanya selepas merasmikan Karnival Kerjaya Kebangsaan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.
Kira-kira 50,000 pengunjung menyertai karnival ketiga disertai 40 gerai agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan itu. Khaled menjelaskan, jika pihak industri bekerjasama menyediakan latihan kepada pelajar, mereka bukan sekadar memberikan pendedahan yang baik malah dapat meningkatkan prestasi syarikat.
“Pihak industri juga digalakkan memberikan maklumat mengenai apa yang mereka perlukan supaya kami dapat menyediakan kurikulum menepati kehendak pasaran. “Masalah utama yang berlaku sebelum ini, graduan dihasilkan tidak menepati ‘cita rasa’ pasaran membuatkan mereka sukar mendapatkan kerja,“ katanya.
Bagi menangani masalah tiada permintaan daripada industri, beliau berkata, program pengukuhan graduan yang fleksibel akan diadakan bermula tahun depan. “Setiap tahun jumlah graduan meningkat, contohnya tahun lalu saja 150,000 orang. Justeru dengan adanya program memberi penekanan khusus terhadap persediaan graduan, kami yakin jumlah pengangguran akan dapat dikurangkan,” katanya.

GIATMARA MAMPU KURANGKAN PEKERJA ASING
UTUSAN MALAYSIA
29 Oktober 2008
KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pembinaan sebanyak 28 lagi Pusat GiatMara di seluruh negara menggunakan Bajet 2009 akan membantu melahirkan tenaga kerja mahir sekali gus mengurangkan pergantungan negara terhadap tenaga kerja asing.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar (gambar) berkata, langkah itu selaras sasaran kerajaan yang mahu membina 222 pusat itu mengikut bilangan Parlimen yang terdapat di seluruh negara.
Katanya, walaupun peruntukan kementeriannya di bawah bajet itu tinggal RM2.4 bilion berbanding RM4 bilion yang diperlukan, pihaknya tidak akan memotong peruntukan yang dijanjikan untuk membangunkan GiatMara.
"GiatMara adalah pusat yang penting dalam memberikan latihan kemahiran kepada belia negara, seterusnya mengurangkan kebergantungan kerajaan pada penggunaan tenaga kerja asing," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan kejayaan GiatMara memenangi tempat ketiga Anugerah Inovasi Persatuan Komanwel mengenai Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) di sini hari ini.
Hadir sama ialah timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Meriyam Abd. Majid.
Noh menambah, pelbagai program kemahiran sedang dirancang oleh kementerian beliau dan GiatMara seperti kursus penjagaan kanak-kanak dan pemanduan teksi serta bas.
Katanya, jika belia di negara ini boleh dilatih menguruskan rumah tangga sambil mendidik anak majikan, tumpuan pengambilan pembantu rumah warga Filipina yang mempunyai kemahiran itu berupaya dikurangkan.
Dalam perkembangan berkaitan, Meriyam memberitahu, kejayaan pasukannya memenangi anugerah Komanwel di Barbados, Selasa lalu berkait rapat dengan tema 'Local to Global'.
"Kejayaan ini antaranya didorong oleh penjelasan kami dalam menguruskan bantuan kepada masyarakat miskin dan menyelesaikan pengangguran melalui program Giat Dekat Rakyat," jelasnya.

Wednesday, October 29, 2008
PERANAN IBU BAPA DALAM MENENTUKAN CITA-CITA PELAJAR
UTUSAN MALAYSIA
29 Oktober 2008
DENGAN kehangatan bahang peperiksaan utama baik SPM, STPM mahupun yang setaraf dengannya, mungkin perkara berikutnya yang tidak dapat lari daripada dibicarakan ialah ke manakah hala tuju pelajar lepasan sekolah selepas ini.
Sesetengah mereka telah mempunyai cita-cita, tetapi tidak kurang juga yang masih belum mengetahui arah kehidupan seterusnya.
Ke manakah tempat untuk menyambung pengajian? Apakah kursus yang ingin diambil? Dan
yang lebih penting ialah di manakah letaknya minat dan kemampuan diri untuk mengharungi kehidupan pascasekolah yang memerlukan suatu keputusan yang tepat harus dibuat?
Tidak dapat dinafikan naluri ibu bapa dan penjaga untuk melihat anak mereka mendapat pengajian dan kerjaya yang terbaik dalam kehidupan.
Oleh sebab itulah, ada sebilangannya yang menetapkan cita-cita untuk golongan lepasan sekolah ini. Ada yang menginginkan anak mereka menjadi peguam, arkitek, akauntan, ahli perniagaan, doktor, jurutera ataupun saintis ternama. Namun sedarkah kita bahawa ada kalanya cita-cita penjaga ini mampu meletakkan anak dalam situasi yang tidak kurang bahayanya.
Mengambil contoh dalam bidang perubatan, tidak kurang jumlahnya pelajar dalam pengajian ini jika ditanya, ia bukan pilihan mereka, bahkan ia adalah cita-cita ibu bapa mereka. Keadaan lebih teruk lagi jika mereka sememangnya tiada minat langsung, akan tetapi kerana mengikutkan keinginan tersebut, dicampur dengan sifat untuk menjadi seorang anak yang taat, telah meletakkan mereka di kerusi seorang pelajar perubatan.
Komplikasinya mungkin bertambah teruk jika sebenarnya anak ini telah mempunyai cita-cita, minat dan kemampuan yang mendalam dalam bidang lain namun ia terhalang.
Pembimbing
Ibarat bercinta dengan A, disuruh berkahwin dengan B. Sesetengahnya mungkin bahagia namun tidak kurang yang menderita. Mungkin ada sinar bahagia di hujung terowong yang dilalui, namun adakalanya cahaya di hujung terowong itu ialah lampu kereta api laju yang sedang memecut menghampiri kita.
Sememangnya tidak dapat dinafikan ibu bapa merupakan pembimbing utama yang membantu
anak mencari arah tuju kehidupan pada masa hadapan. Mengambil kira faktor ini, pendedahan dan bimbingan ini seharusnya dilakukan secara berperingkat-peringkat sejak usia awal persekolahan. Tindakan menentukan secara veto cita-cita anak sewajarnya dielakkan.
Bagi kursus perubatan contohnya, ia adalah kursus yang panjang memakan masa minimum lima tahun bahkan tidak kurang yang mencecah tujuh tahun. Tempoh yang lebih jika pelajar menuntut di luar negara.
Minat yang mendalam, keinginan untuk mendepani cabaran baik dalam pengajian perubatan mahupun di alam pekerjaan, kesanggupan untuk mengorbankan masa dan melihat rakan-rakan seusia berkonvokesyen dan bekerja lebih dahulu daripada kita merupakan antara ujian yang seringkali menguji jati diri seorang pelajar perubatan.
Bagi pihak sekolah, sesi kaunseling dan pendedahan kerjaya perlu dilakukan secara lebih sistematik dan terancang. Usaha yang sekadar memenuhi kalendar seharusnya dielakkan.
Jika boleh, adakan sesi perbincangan, lawatan, perjumpaan dengan mereka yang telah berada dalam lapangan yang terbabit. Jika perlu, libatkan sama ibu bapa dan penjaga agar mereka juga tahu hakikat sebenar bidang yang ingin diterjuni atau disuruh anak mereka terjun itu.
Setelah diberi pendedahan, nasihat, berjumpa dengan mereka yang telah bekerja yang arif dengan bidang yang diminati, keputusan akhir seharusnya dicapai secara sepakat dalam suasana penuh musyawarah. Ini adalah bagi mengelakkan situasi nasi menjadi bubur, suatu kerugian jika sebenarnya nasi ialah hasil yang diinginkan.
Jika ingin membuat bubur, lakukannya dengan terancang dan penuh persediaan kerana bubur yang terancang itu adakalanya lebih sedap daripada nasi yang dimasak dengan muka yang masam.
Antara komplikasi yang mungkin timbul akibat memasuki bidang perubatan tanpa minat yang tulen ialah ketidakupayaan pelajar untuk meneruskan pengajian di pertengahan jalan. Ia akan menjadi suatu yang merugikan bukan sahaja pelajar itu sendiri dari segi masa yang telah dihabiskan, bahkan sebahagian wang kerajaan juga telah dibelanjakan.
Keadaan lebih teruk jika pelajar mengalami tekanan perasaan yang tentu sekali menjejaskan mutu kehidupan pelajar secara umum.
Mempraktikkan
Ada juga pelajar yang mampu bertahan sehingga ke akhir peperiksaan, tetapi selepas itu menceburi kerjaya yang tidak mempraktikkan ilmu yang dipelajari, menyatakan tiada minat sebagai alasan.
Dalam apa jua bidang yang diceburi, minat adalah suatu yang mesti. Keterpaksaan mungkin boleh bertahan buat seketika, namun ia akan tewas apabila berhadapan dengan wira sejati yang bernama realiti.
Memang istimewa menjadi menjadi seorang perawat, namun menceburi kerjaya lain adalah merupakan suatu yang sama hebat. Kehebatan bukan terletak pada nama, jawatan atau segala, bahkan bagaimana kita membawa diri atas apa jua nama itu yang bakal menjadi faktor utama.
Dengan ketekunan dan keikhlasan menjadi prasyarat, segalanya akan menjadi kenyataan bukan hanya sekadar matlamat. Kita hanya melaksanakan karektor yang telah ditetapkan, hakikat kejayaan ialah jika watak yang dibawa di pentas teater dunia ini boleh membawa kita kepada mengenal siapa itu pencipta.
DR. IRFAN MOHAMAD
Persatuan Alumni Doktor Perubatan USM (PADU)

PELAJAR PEREMPUAN TENDANG GURU DISINGKIR
UTUSAN MALAYSIA (BERITA MUTTAKHIR)
28/10/2008 7:11pm
KANGAR 28 Okt. — Seorang pelajar perempuan yang bertindak ganas dengan menendang seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis dekat sini baru-baru ini disingkir daripada sekolah itu berkuatkuasa hari ini.
Pengarah Pelajaran Perlis Mansor Lat ketika dihubungi Bernama hari ini berkata keputusan menyingkirkan pelajar tingkatan dua itu diputuskan Jawatankuasa Disiplin sekoleh itu namun beliau tidak menyatakan bila keputusan itu dibuat.
Sebelum ini, pelajar berusia 14 tahun itu yang menendang guru sivik, Azhana Ibrahim, 27, di dalam bilik darjah sekolah itu pada 16 Okt lalu telah digantung persekolahannya selama seminggu untuk siasatan.
Bagaimanapun setelah siasatan selesai, jawatankuasa itu memutuskan pelajar itu disingkir daripada sekolah yang sebahagian besar pelajarnya berketurunan Cina. Bagaimanapun, Mansor berkata pelajar itu tetap diberi peluang mengemukakan rayuan kepada Jabatan Pelajaran Perlis untuk membolehkannya dipertimbangkan menyambung persekolahan di sekolah-sekolah lain.
Pelajar itu dilaporkan bertindak ganas setelah guru itu meminta penjelasan daripadanya mengenai tulisan “gila babi” yang ditulis dalam satu tugasan yang diarahkan guru itu.
Mengenai kes pergaduhan sekumpulan 16 pelajar sekolah yang sama pada 20 Okt lalu, beliau berkata empat daripada mereka yang terbabit telah dikenakan hukuman disingkir daripada sekolah berkuatkuasa hari ini manakala selebihnya digantung persekolahan serta diberi surat amaran keras.
Pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada salah faham sebelum berlaku pergaduhan yang terpaksa dileraikan dengan kehadiran anggota-anggota polis.
Mansor berkata tindakan ini merupakan satu tindakan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan berharap ia menjadi satu pengajaran terhadap pelajar-pelajar ini.
Sementara itu, pada 31 Okt ini, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra akan berangkat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis bagi merasmikan Kelab Rukun Negara yang diwujudkan untuk menyatupadukan serta mengharmonikan para pelajar berbilang bangsa di sekolah itu.
“Saya harap kelab itu akan dapat mengawal insiden seperti itu daripada berulang lagi dan segala tindakan yang diambil sebelum ini diharap mampu memberi pengajaran kepada para pelajar lain,” kata Mansor.
— BERNAMA

Tuesday, October 28, 2008
KERAJAAN DISYOR WUJUDKAN PELAN PEKERJAAN NASIONAL
BERITA HARIAN
28 Oktober 2008
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mewujudkan Pelan Pekerjaan Nasional sebagai polisi atau garis panduan khusus bagi mengatasi kebergantungan negara terhadap pekerja asing. Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan, berkata langkah itu dijangka mampu meningkatkan penggunaan sumber tenaga kerja tempatan secara optimum di samping mengurangkan pekerja asing dengan berkesan selaras kehendak kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan perlu mencontohi Jepun yang berjaya merangka dan melaksanakan pelan itu bukan saja untuk mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing malah berjaya menarik sumber tenaga kerja tempatan di kalangan wanita berkeluarga dan pesara untuk bergiat semula dalam semua sektor pekerjaan.
“Negara kita contohnya, hanya memanfaatkan 46 peratus sumber tenaga kerja wanita walhal setiap tahun institut pengajian tinggi (IPT) tempatan mengeluarkan lebih 60 peratus siswazah wanita yang berkebolehan. Suasana ini terjadi kerana kebanyakan wanita bekerjaya berhenti kerja apabila mula berkeluarga dan mempunyai anak.
“Negara juga mempunyai hampir 800,000 tenaga kerja profesional serta kakitangan awam yang bersara wajib pada umur 56 tahun setiap tahun dan kebanyakan mereka masih mampu menyumbang kepada negara tetapi sumber tenaga mereka tidak digunakan sepenuhnya.
“Pelan Pekerjaan Nasional boleh merangka polisi dan undang-undang buruh yang lebih anjal dalam menarik kembali wanita berkeluarga dan pesara profesional ini bekerja semula. Jika negara menggunakan sepenuhnya 60 peratus siswazah wanita yang dikeluarkan IPT tempatan, negara mampu mengurangkan sehingga 1.2 juta pekerja asing setiap tahun,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Monday, October 27, 2008
ISKANDAR MALAYSIA BANYAK PELUANG PEKERJAAN
UTUSAN MALAYSIA
27 Oktober 2008
Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH
JOHOR BAHRU 26 Okt. - Kerajaan Johor sentiasa membuka pintu kepada pekerja tempatan yang bekerja di Singapura untuk kembali ke negeri ini jika berlaku masalah pembuangan pekerja di negara jiran itu berikutan kemelesetan ekonomi dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan (gambar) berkata, ini kerana terdapat kira-kira 25,000 peluang pekerjaan yang perlu direbut dalam projek pembangunan di Iskandar Malaysia di negeri ini.
Justeru jelas beliau, kerajaan negeri menasihatkan golongan yang bakal berdepan dengan masalah pekerjaan agar mengambil tindakan awal dengan mendaftar di laman web: jobsmalaysia.gov.my atau menghubungi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri.
"Kita tidak pernah menghalang pekerja tempatan yang bekerja di Singapura untuk kembali menabur bakti di Johor Bahru dan pada masa sama, kita juga tidak pernah menggalakkan mereka bekerja di negara jiran itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Beliau mengulas tentang kemelesetan ekonomi yang bakal melanda republik itu hingga memberi kesan kepada seramai 300,000 pekerja tempatan yang bekerja di Singapura jika berlaku pembuangan pekerja beramai-ramai.
Berdasarkan statistik Jabatan Tenaga Rakyat negeri, dianggarkan antara 80,000 hingga 100,000 rakyat negara ini terutamanya yang tinggal di sekitar Johor bahru berulang-alik ke Singapura.
Asojan berkata, sebagai langkah awal, kerajaan negeri akan mengambil sikap tunggu dan lihat bagi memantau perkembangan masalah pembuangan pekerja di Singapura sebelum membuat satu kajian yang mendalam.
Jelas beliau, kajian tersebut akan melibatkan sektor yang paling teruk terjejas dengan kemelesetan ekonomi bagi mencari penyelesaian khusus terhadap masalah itu.
"Apa pun, peluang pekerjaan di Iskandar Malaysia perlu direbut oleh pekerja tempatan mahir, separuh mahir dan buruh am untuk bekerja di kawasan pembangunan koridor ekonomi itu.
"Harapan saya agar rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura mempunyai semangat patriotik tinggi untuk menyumbang tenaga dan jasa di tanah air sendiri," ujarnya.
Asojan berkata, pada masa sama menerusi Bajet 2009, kerajaan negeri akan terus menganjurkan sejumlah 20 Mini Karnival Pekerjaan pada tahun depan berbanding lima karnival pada tahun ini.
Mengulas tarikan utama bekerja di Singapura, beliau tidak menafikan tawaran gaji lumayan dan kadar pertukaran mata wang kedua-dua negara, menarik minat rakyat tempatan bekerja di Singapura bagi memperoleh nilai pendapatan yang lebih tinggi.
"Penggunaan tenaga buruh di Singapura tidak mencukupi dan negara jiran kita perlu bergantung dengan tenaga buruh dari Malaysia.
"Sebagai tarikannya, mereka menawarkan gaji yang lebih lumayan dan di sinilah faktor gaji memainkan peranan penting dan menjadi kekangan untuk rakyat Malaysia bekerja di negara sendiri," jelasnya.

HADIAH DEEPAVALI TAK JADI KENYATAAN, MALAYSIA GAGAL PERTAHAN GELARAN
BERITA HARIAN
27 Oktober 2008
Hadiah Deepavali tak jadi kenyataan, Malaysia gagal pertahan gelaran UJIAN getir sulung dijelmakan Vietnam menenggelamkan skuad negara yang dipaksa akur kecundang menerusi penentuan sepakan penalti untuk meleraikan rangkulan gelaran Pestabola Merdeka di Stadium Nasional, malam tadi. Selepas mudah melepasi halangan satu persatu - daripada peringkat kumpulan hingga ke separuh akhir - kesebelasan negara langsung tidak menjumpai kunci buat meruntuhkan tembok lawan sepanjang 120 minit yang berakhir tanpa jaringan sebelum ditumpaskan 5-6 menerusi penentuan penalti sudden death itu.
Di awal saingan, gawang Vietnam sudahpun bergegar selepas hanya enam minit apabila Indraputra Mahayuddin meluru untuk merembat deras ke sasaran umpanan lolos Shukor Adan. Sayangnya, Indra dipersalahkan kerana ofsaid untuk Vietnam bernafas lega. Selepas itu, majoriti aksi 45 minit awal menyaksikan skuad negara mendominasi asakan, tetapi sentuhan penyudah dicari tidak menjelma, ketika Safee Sali, Indra dan rakan lainnya dipaksa menggigit jari.
Antara peluang menarik negara termasuklah tandukan Shukor pada minit ke-27 yang sempat didakap penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong serta cubaan sama Safee daripada umpanan Indra seminit kemudiannya, sipi daripada sasaran.
Safee kemudiannya beroleh dua lagi peluang menarik, pada minit ke-33 dan ke-44, tetapi kedua-duanya dihampakan barisan benteng lawan yang berhempas pulas untuk memastikan kedudukan kekal terikat tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan suasana saingan lebih agresif, ketika Vietnam memilih untuk kental menyerap segala asakan dan lebih bergantung kepada kepantasan Phan Thanh Binh untuk mengancam menerusi gerak serang balas pantas yang sesekali menggamamkan benteng negara. Namun gol dinanti tetap tidak menjelma untuk pencarian diteruskan ke masa tambahan yang juga berakhir tanpa pemecah kebuntuan ketika Vietnam lebih mencipta gelisah skuad negara dengan beberapa gerak yang menjelmakan rasa bimbang.
Penentuan sepakan penalti bermula dengan semua lima pemain negara - Indra, Safee, Aidil Zafuan Radzak, Ashaari Samsuddin dan Daudsu Jamaluddin menyempurnakan sepakan ketika lima pemain Vietnam juga tidak menghampakan.
Namun rembatan deras Norhafiz Zamani Misbah pada permulaan penalti sudden death ditampan Tan Truong untuk pemain gantian, Mai Tien Thanh mudah memperdaya Helmi Eliza Elias buat mencipta gegak gempita sorakan lebih 5,000 penyokong Vietnam.

MALAYSIA ANJUR PERTANDINGAN KEMAHIRAN ASEAN
BERITA HARIAN
27 Oktober 2008
Oleh Haryani Ngah
MALAYSIA diberi penghormatan untuk menganjurkan Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) kali ketujuh yang akan diadakan di Akademi Binaan Malaysia, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 14 hingga 16 November depan. Pertandingan itu akan diselaraskan oleh Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB), manakala Jawatankuasa Kebangsaan yang dinaungi Kementerian Kerja Raya (KKR) ditubuhkan bagi memastikan pertandingan itu berjalan lancar dan memenuhi standard antarabangsa.
ASC dipengerusikan oleh Menteri Kerja Raya, Dato’ Ir Mohd Zin Mohamed dan dianggotai beberapa Ketua Setiausaha Kementerian Berkaitan, Ketua Pengarah Jabatan/Agensi di bawah KKR dan syarikat swasta.
Mohd Zin berkata, pertandingan itu akan disertai semua 10 negara Asean dalam 19 bidang kemahiran.
“Ini adalah kali pertama kesemua 10 negara Asean mengesahkan penyertaan. Bagaimanapun hanya Malaysia, Indonesia dan Vietnam saja yang akan bertanding dalam kesemua 19 acara dipertandingkan.
“Sehingga 10 September lalu, semua 10 negara Asean mengesahkan penyertaan membabitkan 386 peserta, manakala delegasi Indonesia turut disertai Menteri Buruh dan Transmigrationnya, Erman Suparno.

KERAJAAN TANGGUNG KOS RM50,000 SEHARI BIAYA 2,000 BANDUAN ASING
UTUSAN MALAYSIA
24/10/2008
KAJANG 24 Okt. - Kerajaan terpaksa membelanjakan RM50,000 sehari untuk kira-kira 2,000 banduan warga asing yang ditempatkan di penjara seluruh negara .
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah mencadangkan menghantar kesemua banduan itu untuk menghabiskan tempoh tahanan di negara asal mereka melalui pindaan Akta Penjara.

Friday, October 24, 2008
PENDIDIKAN GENERASI MUDA PERLU RELEVAN IKUT SEMASA
BERITA HARIAN
24 Oktober 2008
KONTRAK sosial merujuk kepada permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin Melayu, Cina dan India.
Pemeteraian kontrak sosial ini juga disertai dan dipersetujui parti mereka iaitu Umno, MCA dan MIC bagi mewujudkan sebuah negara aman dan adil. Isu untuk menjadikan subjek kontrak sosial sebagai kurikulum di institusi pendidikan negara mula menjadi perhatian hangat. Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya subjek kontrak sosial dimasukkan sebagai kurikulum baru pada peringkat universiti.
Asas cadangan beliau adalah untuk memberikan penjelasan kepada generasi muda agar tidak timbul kekeliruan dan salah faham.
Cadangan Muhyiddin itu kemudian disambut oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang juga menyarankan supaya kontrak sosial diperkenalkan di institusi pendidikan bagi membolehkan generasi muda di negara ini memahaminya dengan lebih mendalam. Persoalan yang perlu difikirkan bersama adakah benar generasi muda hari ini tidak memahami kontrak sosial sehingga menjadi keperluan bagi negara menjadikan ia sebagai kurikulum pendidikan ataupun disebabkan timbul beberapa isu yang dimainkan ahli politik.
Bagi saya seolah-olah menjadi trend apabila timbul sesuatu permasalahan maka diwujudkan jalan penyelesaian baru. Sebelum ini turut dicadangkan subjek sejarah sebagai satu subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu diambil calon pada tahun 2013 kerana dikatakan pelajar sekarang kurang memahami sejarah. Berbalik kepada permasalahan maka diwujudkan jalan penyelesaian baru. Ahli akademik, tokoh pendidikan dan sejarawan negara hendaklah duduk semeja bagi berbincang secara mendalam di samping menjalankan kajian teliti isu ini supaya setiap perkara yang dilaksanakan mencapai kualiti diinginkan.
Realiti yang perlu dilihat sebenarnya, generasi baru sekarang perlu dididik berasaskan kefahaman serta kesedaran bukannya melalui `paksaan’. Institusi pendidikan negara hendaklah bersedia untuk berdepan dengan generasi baru ini agar pendidikan yang diterapkan relevan dengan keadaan semasa.
MOHD KHAIRUL HIDAYAT BERAHIM
Persatuan Mahasiswa Melaka (Persama), Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Thursday, October 23, 2008
PELAJAR SMT BERPELUANG LANJUT PELAJARAN DI KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL
BERITA HARIAN
23 Oktober 2008
LULUSAN cemerlang aliran teknikal dari sekolah menengah teknik (SMT) seluruh negara berpeluang melanjutkan pelajaran peringkat tinggi dalam bidang berkenaan apabila kolej matrikulasi teknikal ditubuhkan tahun depan. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun, berkata pelaksanaan cadangan itu kini dalam proses perbincangan serius antara pihaknya dengan Bahagian Matrikulasi. Beliau berkata, penubuhan kolej itu antara lain bertujuan membuka seluas-luasnya peluang lulusan aliran teknikal SMT melanjutkan pelajaran.
Katanya, kedua-dua pihak bersetuju bekerjasama merealisasikan cadangan itu dan pelbagai aspek, khususnya syarat dan polisi kemasukan sudah pun dibentang untuk kelulusan pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran. Jika diluluskan, Yusoff berkata, pihaknya akan menaik taraf SMT terpilih kepada kolej matrikulasi teknikal dengan pengambilan kumpulan pertama bermula Mei tahun depan. “Kita tidak mempunyai sebarang masalah dari segi pelaksanaan kerana mempunyai infrastruktur dan kemudahan lengkap.
“Kelebihan itu sedikit sebanyak memudahkan penubuhan kolej matrikulasi teknikal sebagai laluan biarpun lulus cemerlang, tetapi kini mempunyai peluang cerah meningkatkan tahap kelulusan mereka. Malah jika berjaya dengan cemerlang, katanya, tidak mustahil mereka melanjutkan pelajaran sehingga peringkat ijazah di universiti tempatan dan antarabangsa, seterusnya memenuhi keperluan tenaga kerja profesional.
“Ini kerana pelajar terbabit memang memiliki kebolehan dan minat mendalam terhadap bidang teknikal yang kini semakin mendapat permintaan tinggi pasaran kerjaya tempatan dan antarabangsa,” katanya. Beliau menjelaskan cadangan penubuhan kolej matrikulasi teknikal itu sebahagian misi utama Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional membangunkan modal insan cemerlang menerusi tiga aliran pendidikan di SMT, iaitu teknikal, vokasional dan kemahiran.
Usaha itu, katanya, turut memperlihatkan keupayaan lulusan SMT melanjutkan pengajian peringkat tinggi setanding dengan lepasan sekolah lain termasuk dari sekolah berasrama penuh.

1.2 JUTA PEKERJA ASING DIKURANG PADA 2010
BERITA HARIAN
23 Oktober 2008
KUALA LUMPUR: Kira-kira 400,000 pekerja asing akan dikurangkan mulai tahun ini supaya sasaran kerajaan mengurangkan 1.2 juta tenaga asing menjelang 2010 bagi mengelak kebergantungan kepada mereka terutama di sektor peladangan dan pembuatan tercapai. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga akan melaksanakan pelbagai langkah lain bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
"Antaranya, memperkenalkan Industrial Building System (IBS) dalam sektor pembinaan," katanya menjawab soalan Datuk Halimah Sadique (BN-Tenggara) mengenai langkah kerajaan membendung masalah kebergantungan negara kepada pekerja asing yang menyebabkan pengaliran keluar wang negara yang tinggi. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan sentiasa memantau aliran wang ke luar negara oleh pekerja asing melalui institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan pengiriman wang.
"Sehingga Jun lalu, pengiriman wang pekerja asing berjumlah RM9.1 bilion. Kita menganggarkan secara keseluruhan sebanyak RM18.1 bilion dikirim 2.1 juta pekerja asing ke negara masing-masing sepanjang tahun ini.
"Bagaimanapun, kedudukan rizab negara yang kukuh dapat menampung jumlah kiriman wang ini yang hanya membabitkan 4.7 peratus daripada jumlah rizab semasa negara," katanya. Mengulas soalan Halimah sama ada kerajaan bercadang mengenakan levi atau cukai kiriman wang oleh pekerja asing, Najib berkata, kerajaan tidak bercadang berbuat demikian.
"Sumbangan tenaga kerja pekerja asing turut memangkinkan perkembangan aktiviti ekonomi negara melalui terutama dalam sektor perladangan dan pembuatan. "Ia kerana setiap kenaikan satu peratus jumlah pekerja asing akan meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar sebanyak 0.19 peratus," katanya.
Najib berkata, faedah menggunakan pekerja asing mesti dilihat dengan peningkatan KDNK negara terutama dalam bidang peladangan dan pembinaan. "Kita tidak mungkin dapat mengeluarkan hasil yang tinggi termasuk dalam bidang peladangan dan pembinaan tanpa pekerja asing. Kerajaan tidak begitu mementingkan berapa pengaliran wang kita keluar atau dibelanjakan, sebaliknya lebih mengutamakan daya perkembangan ekonomi negara yang kukuh. "Bagaimanapun, pekerja asing tetap dikenakan caj beberapa perkhidmatan termasuk perkhidmatan perubatan oleh hospital kerajaan," katanya.

ISU PENDATANG ASING, BILA HENDAK SELESAI?
ISU kebanjiran pendatang asing di Kuala Lumpur memang sudah lama diperkatakan namun sehingga kini seolah-olah tiada penyelesaiannya. Kita lihat sahaja pemandangan di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur, seolah-olah kita bukan berada di negara sendiri, malah rakyat negara ini berasa bimbang bila berada di situ.
Geli-geleman apabila melihat pasangan lelaki pendatang asing berpegangan tangan sesama sendiri dan tidak dinafikan kehadiran mereka juga boleh mengundang seribu satu macam jenayah. Mereka menjadikan tempat awam itu seolah-olah sebagai tempat untuk bersantai.
Saya hairan mengapa masalah ini masih terus berlaku walaupun beberapa kali ia telah menjadi isu hangat. Mengapa tidak 'dibersihkan' tempat itu daripada dicemari dengan pendatang asing tersebut? Apakah masalahnya sehingga sekarang ia masih tidak dapat diselesaikan?
Walaupun mereka mempunyai permit sah dan tidak melanggar undang-undang, ia bukan alasannya mereka boleh sesuka hati melepak di sekitar kawasan ibu kota sehingga boleh mencacatkan pemandangan.
Pihak berkuasa patut buat sesuatu sekarang, dan jangan hangat-hangat tahi ayam. Setiap tindakan mesti berterusan dan bersungguh-sungguh. Sebelum nasi menjadi bubur, bertindaklah segera.
DANIAL MUSTAQIM
Kuala Lumpur

Wednesday, October 22, 2008
1 SETIAP 5 PEKERJA WARGA ASING
UTUSAN MALAYSIA
21 Oktober 2008
KUALA LUMPUR 20 Okt. – Satu simposium diberitahu hari ini bahawa hampir 20 peratus tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada warga asing dan ini bermakna nisbah pekerja di negara ini ialah seorang warga asing bagi setiap empat pekerja tempatan.
Simposium berkenaan juga dimaklumkan bahawa hampir separuh daripada lebih 252,600 pekerjaan yang diwujudkan di negara ini setiap tahun diisi oleh pekerja asing.
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George berkata, dasar yang semakin liberal terhadap pengambilan pekerja asing di Malaysia wujud berikutan pertumbuhan pesat ekonomi, yang sebahagian besarnya dipacu oleh industrialisasi di negara ini.
Berucap merasmikan Simposium Kebangsaan mengenai Dasar Pekerja Asing di Malaysia anjuran bersama kementerian itu dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di sini, beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan 11.3 juta tenaga kerja yang ada di Malaysia, 2.2 juta adalah warga asing.
Bagaimanapun, kata George, kerajaan sentiasa mengambil langkah bagi mengurangkan kedudukan Malaysia yang terlalu bergantung terhadap pekerja asing dan bagi melindungi peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
Kerajaan membuat keputusan untuk mengurangkan secara beransur-ansur kadar pergantungan terhadap pekerja asing daripada 2.2 juta sekarang kepada 1.5 juta menjelang 2015.
Mengikut sektor, sebahagian besar pekerja asing diambil bekerja dalam sektor pembuatan iaitu sebanyak 36 peratus, diikuti perladangan (24.6 peratus), pembantu rumah (15.7 peratus), pembinaan (14.2 peratus) dan selebihnya dalam sektor lain.
George berkata, sejak satu atau dua tahun lepas, kementerian itu telah mengadakan perbincangan dengan majikan, kesatuan sekerja serta badan bukan kerajaan (NGO) dan bersetuju bahawa wujud keperluan untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap pekerja asing, menambah baik pengurusan pekerja asing, dan mengadakan prosedur lebih jelas dan ketat berkaitan kemasukan mereka ke negara ini.
Katanya, langkah juga sedang diambil bagi melindungi hak mereka, menyediakan kontrak sebelum mereka berlepas dari negara yang menghantar mereka ke Malaysia dan mengenakan tanggungjawab terhadap pihak ketiga yang terlibat dengan penghantaran tenaga buruh asing ke negara ini, jika berlaku sebarang kes pelanggaran kontrak.
George berkata, Malaysia mengaku ia memerlukan pekerja asing, sekurang-kurangnya untuk masa sekarang, dan perlu memberi tumpuan terhadap beberapa bidang utama bagi menentukan permintaan sebenar mengikut sektor.
Katanya, Malaysia juga perlu mengkaji kesan daripada kehadiran pekerja asing terhadap persekitaran tenaga kerja di negara ini, termasuk isu upah, keadaan bekerja, kesihatan, syarat pampasan dan pekerjaan, serta mengetatkan proses pengambilan dan pengurusan pekerja asing.
Sementara itu, seorang pegawai kanan kementerian berkenaan, Azizah Ariffin berkata, warga asing mengambil kira-kira 45 peratus peluang pekerjaan baru yang diwujudkan setiap tahun di negara ini.
Ketika membentangkan kertas kerja mengenai penilaian keperluan terhadap pekerja asing serta kesannya terhadap ekonomi Malaysia pada simposium itu, Azizah berkata, penggunaan pekerja asing secara berlebihan mengakibatkan timbulnya pelbagai masalah, termasuk penurunan purata produktiviti, penyisihan pekerja tempatan, kewujudan kadar upah yang rendah serta menjejaskan kelemahan imbangan pembayaran dan mencetuskan isu sosial dan keselamatan.
Katanya, walaupun pada 2006 pekerja asing menyumbang 11.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, tetapi pada tahun lepas, wang yang mereka hantar pulang ke negara asal masing-masing berjumlah kira-kira RM3.43 bilion.
“Oleh kerana jumlah pekerja asing yang begitu besar, kadar upah, terutama bagi pekerja tidak mahir di Malaysia, akan terus rendah, manakala majikan pula akan terus memberi keutamaan kepada warga asing kerana upah mereka secara relatifnya, lebih rendah,” ujar Azizah.
Bagaimanapun, kerajaan sedang giat berusaha bagi mengurangkan pergantungan negara ini terhadap tenaga kerja asing dalam pelbagai sektor.
Bagi sektor pembuatan, ia akan menggubal dasar dan strategi baru bagi menarik lebih banyak wanita menyertai pasaran tenaga kerja, melaksanakan satu program mekanisasi yang berkesan dan mengenal pasti kemahiran yang diperlukan oleh industri, melaksanakan program latihan serta membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) dalam penggunaan mekanisasi bagi mengurangkan keperluan mereka mengambil pekerja asing.
Bagi sektor perkhidmatan, kerajaan akan menguatkuasakan kaedah layan diri, terutama di restoran dan stesen minyak. Ia juga akan menyediakan persekitaran bekerja yang lebih menarik dan kondusif bagi pekerja tempatan dan memberi insentif pengecualian cukai bagi menggalakkan penggunaan kaedah automasi.
Bagi sektor perladangan, kerajaan akan menarik penyertaan tenaga kerja dari luar bandar melalui penyediaan prasarana asas, perkhidmatan kesihatan, sekolah, rumah harga patut dan pusat penjagaan harian yang lebih baik.
Bagi industri pembinaan, kerajaan akan menggalakkan pelaksanaan Sistem Pembinaan Industri (IBS) dan mengeluarkan permit import bagi mengimport kren.
– Bernama

HADIAH BUAT ARWAH ISTERI GRADUAN BERUSIA 53 TAHUN HADAPI PELBAGAI CABARAN
HARIA METRO
19/08/2008
JOHOR BAHRU: Selain faktor usia, terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru setiap hujung minggu serta kematian isteri akibat barah hati kira-kira lima tahun Ialu sudah cukup dianggap dugaan paling berat terpaksa ditempuh Abdul Wahab Majid, 53, yang melanjutkan pengajian separuh masa dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini. Bagaimanapun, petang semalan Abdul Wahab mampu tersenyum bangga dan membuktikan usia serta pelbagai cabaran itu bukan penghalang untuk mencipta kejayaan, apabila menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) pada Majlis Konvokesyen UTM ke-41.Dia turut menerima anugerah cemerlang pada Majlis Anugerah Medal dan Anugerah Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SpaceUTM) pada 15 Ogos lalu dan muncul antara tujuh warga emas yang mencatat keputusan Cemerlang.
Abdul Wahab mempunyai lima cahaya mata dengan anak sulungnya masih menuntut di Kolej Multimedia dalam jurusan kejuruteraan dan berulang-alik setiap hujung minggu untuk menghadiri kuliah di kampus utama UTM di Skudai dan rumahnya di Kuala Lumpur. Penjaga jentera elektrik voltan tinggi di Kolej Multimedia, jalan Semarak, Kuala Lumpur itu gigih dan bersemangat mengambil peluang menamatkan pelajaran dalam bidang berkenaan secara Separuh masa walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga.
“Kejayaan in hasil sokongan penuh keluarga khususnya arwah isteri yang hanyak membantu ketika hayatnya. ‘Pernah satu ketika saya hampir patah semangat serta ingin berhenti daripada meneruskan pengajian apabila kehilangan isteni tercinta, tetapi saya kuatkan semangat untuk menamatkan pelajaran dan ijazah ini hadiah kepada arwah terhadap segala sokongan dan pengorbanannya selama ini. Abdul Wahab menamatkan pengajian dengan purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 2.20 dengan kepujian kelas kedua rendah. Dia yang sudah berkahwin dengan seorang guru, Noragiza Abdullah, 35, dan kini mempunyai dua zuriat berusia dua tahun dan dua bulan, mengakui isteni barunya itu banyak memberi semangat dan galakan untuknya meneruskan kejayaan.

JUMLAH PENGIRIMAN WANG OLEH PEKERJA ASING ADALAH RM9.1 BILLION SEHINGGA AKHR JUN 2008
UTUSAN MALAYSIA
22/10/2008 12:20pm
KUALA LUMPUR 22 Okt. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pekerja asing telah mengirim ke luar negara sejumlah RM9,124 juta sehingga akhir bulan Jun 2008.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka dianggarkan mengirim ke luar negara kira-kira RM18.1 bilion bagi tempoh keseluruhan tahun ini.
Sehingga 31 Julai, tahun ini, 2.1 juta orang pekerja asing di negara ini telah mengirim pulang purata RM720 setiap seorang sebulan, katanya ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd. Sadique (BN-Tenggara) yang bertanya mengenai tindakan kerajaan untuk membendung masalah pengaliran wang ke luar negara pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
“Kedudukan rizab negara yang kukuh bagaimana pun dapat menampung jumlah kiriman wang ini yang hanya merupakan 4.7 peratus daripada jumlah rizab semasa,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan akan sentiasa memantau aliran wang ke luar negara oleh pekerja asing melalui institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan pengiriman wang.
Di samping itu, katanya, kerajaan juga akan melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini di antaranya memperkenalkan Sistem Berasaskan Industri (IBS) dalam sektor pembinaan.
Menurutnya, kerajaan telah menetapkan sasaran pengurangan jumlah pekerja asing seramai 400,000 orang setahun mulai tahun 2008 hingga 2010 dengan tumpuan diberikan kepada sektor perladangan dan pembuatan.
Najib juga berkata, kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan levi atau cukai ke atas kiriman wang pekerja asing ini kerana sumbangan tenaga mereka turut memangkinkan perkembangan aktiviti ekonomi negara melalui penglibatan mereka terutamanya dalam sektor perladangan dan pembuatan.
Setiap kenaikan satu peratus jumlah pekerja asing, katanya akan meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar 0.19 peratus. - Bernama

AMBIL PELUANG KERJA DI SEKTOR BINAAN
UTUSAN MALAYSIA
21 Oktober 2008
KUALA LUMPUR 20 Okt. - Rakyat tempatan disaran menceburi pekerjaan dalam sektor pembinaan bagi mengurangkan penguasaan pekerja asing dalam bidang tersebut.
Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, sektor itu kini masih dikuasai pekerja asing apabila sebanyak 318,000 orang didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB).
''Rakyat tempatan perlu mengambil peluang pekerjaan dalam industri pembinaan kerana ia mempunyai pasaran kerja yang cukup luas dan pulangannya pula adalah lumayan.
''Sebagai contoh, seorang pemasang jubin yang baik boleh memperoleh pendapatan sebanyak RM120 sehari. Kalau bekerja selama 30 hari dalam sebulan dengan mudah dia boleh mendapat sekurang-kurangnya RM3,000," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Logo dan Portal Pertandingan Kemahiran Negara-Negara ASEAN (ASC) ke-7 di sini hari ini.
Sebanyak 10 negara menyertai pertandingan itu yang bakal diadakan di Akademi Binaan Malaysia pada 14 hingga 16 November ini dan masuk adalah percuma.
Mohd. Zin berharap, para pelajar dapat menyaksikan pertandingan itu yang diadakan pada cuti sekolah bagi meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kerjaya dalam industri pembinaan.
''Potensi industri ini cukup besar dan menerusi ASC kita hendak dedahkan anak-anak kita tentang kerjaya dalam industri pembinaan negara,'' ujarnya.

MODAL INSAN BERKEMAHIRAN DIPERTINGKAT
BERITA HARIAN
21 Oktober 2008
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerjaraya mensasarkan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti modal insan negara yang berkemahiran tinggi dalam industri pembinaan bagi menggantikan 318,000 pekerja asing yang terbabit dalam sektor itu. Menterinya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata modal insan berkualiti tidak semestinya lahir daripada kecemerlangan akademik, malah kini terbukti golongan yang berkemahiran tinggi khususnya dalam rekaan dan pembinaan turut berjaya mengecapi hidup mewah. Katanya, usaha mengenal pasti golongan ‘kurang cemerlang dalam akademik tapi cemerlang dalam kemahiran’ pada peringkat sekolah amat penting bagi memastikan perjalanan membentuk menjadi modal insan berkualiti berjaya dilaksanakan di peringkat awal.
“Kita tidak mahu terus bergantung pada pekerja asing, jadi rakyat perlu berusaha meningkatkan kemahiran dan berani menceburi bidang ini kerana ia berpotensi meningkatkan taraf hidup selain pasaran kerjanya yang luas,” katanya pada sidang media selepas melancarkan logo Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) ketujuh, di sini, semalam. Mohd Zin berkata, pertandingan yang dianjurkan pada musim cuti sekolah itu dijangka menarik seramai 10,000 pengunjung sehari, selama tiga hari, bermula 14 November ini.
“Kita juga berhasrat menjadikan pertandingan itu sebagai tapak untuk golongan muda meminati bidang berkemahiran, mengasah kreativiti dan membudayakan inovasi, khususnya bidang pembinaan melalui program yang akan dianjurkan seperti membina Lego terbesar,” katanya.

Monday, October 20, 2008
BAKTI ORANG MUDA
UTUSAN MALAYSIA
20 Oktober 2008
Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
Sebahagian kakitangan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Cawangan Seremban membina landskap baru di rumah Seri Kenangan, Seremban, baru-baru ini.
Berbakti dan berkorban kepada mereka yang memerlukan! Itu adalah falsafah 40 kakitangan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Cawangan Seremban apabila berkhidmat secara sukarela bagi melakukan kerja amal di Rumah Seri Kenangan, di sini baru-baru ini.
Mereka bukan sahaja mendapat pendedahan baru corak dan kehidupan golongan kurang bernasib baik, yang mana penghuninya terdiri daripada warga emas, malahan mencuit perasaan apabila mendengar kisah hidup lampau penghuninya.
Lebih menarik lagi, hampir kesemua kakitangan PTPL yang menyertai program amal ini berusia di bawah 30 tahun dan sudah tentulah mereka berasa cukup teruja apabila berkhidmat kepada warga emas yang rata-ratanya berusia lebih 60 tahun.

Subscribe to:
Posts (Atom)